Pelumba Cub Prix maut kemalangan lebuh raya Lekas

Pelumba Cub Prix maut kemalangan lebuh raya Lekas - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pelumba Cub Prix maut kemalangan lebuh raya Lekas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelumba Cub Prix maut kemalangan lebuh raya Lekas
link : Pelumba Cub Prix maut kemalangan lebuh raya Lekas

Baca juga


Pelumba Cub Prix maut kemalangan lebuh raya Lekas

Pelumba Cub Prix negara, Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendran maut dalam kemalangan di Kilometer 22.9 arah Utara Lekas awal pagi tadi. — Foto ihsan Instagram/shidi_shaariPelumba Cub Prix negara, Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendran maut dalam kemalangan di Kilometer 22.9 arah Utara Lekas awal pagi tadi. — Foto ihsan Instagram/shidi_shaariNILAI, 25 Feb — Pelumba Cub Prix negara, Zaidy Mohamad Zaifaizal Mahendran, maut dalam kemalangan yang melibatkan dua motosikal di Kilometer 22.9 arah Utara Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Zaldino Zaludin berkata dalam kejadian 3.20 pagi itu, seorang lagi penunggang Dzul Fikar Idris, 27, mengalami kecederaan di badan, tangan dan kaki.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang berada di lorong paling kiri, yang sedang menghala ke Kuala Lumpur, cuba mengelak sesuatu objek di atas jalan raya.

Mangsa seterusnya telah terbabas ke lorong paling kanan manakala motosikal Dzul Fikar yang berada di lorong tengah terbabas lalu jatuh kerana cuba mengelak daripada melanggar motosikal mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Zaldino berkata mayat Zaidy dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi tujuan bedah siasat manakala Dzul Fikar dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

“Kedua-dua kenderaan akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian Kimia Kriminalistik,” katanya.

Zaidy merupakan pelumba Cub Prix bagi pasukan Motul Yamaha YY Pang bagi kategori CP115. — Bernama



Sumber Pelumba Cub Prix maut kemalangan lebuh raya Lekas


Demikianlah Artikel Pelumba Cub Prix maut kemalangan lebuh raya Lekas

Sekianlah artikel Pelumba Cub Prix maut kemalangan lebuh raya Lekas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: