Judul : Larian bertemakan Ireland-Malaysia bukan bertujuan kompetitif
link : Larian bertemakan Ireland-Malaysia bukan bertujuan kompetitif
Larian bertemakan Ireland-Malaysia bukan bertujuan kompetitif
PETALING JAYA: Tidak menerapkan nilai kompetitif sebaliknya menekankan kebersamaan serta gaya hidup sihat bersama rakan dan keluarga adalah objektif utama Larian Shamrock 2018.Namun apa yang lebih menarik adalah kreativiti perserta ketika menyertai larian tersebut nanti, kata Presiden Persatuan Alumni Pelajar Ireland di Malaysia (MIAA), Hafidz Zihim.
"Hadiah akan diberikan kepada peserta yang berpakaian menarik serta melambangkan budaya Ireland dan Malaysia, mungkin seperti bertanjak yang berhiaskan bunga Shamrock yang juga bunga rasmi negara Ireland.
"Ia bertujuan untuk memperkenalkan budaya Ireland kepada masyarakat kita. Mana tahu suatu hari nanti mereka berpeluang untuk merantau ke negara itu seperti saya yang dahulunya belajar di sana," katanya kepada Astro AWANI selepas majlis pelancaran Larian Shamrock edisi ke-4 di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, pasangan romantis Vanidah Imran dan Rashidi Ishak turut hadir dalam majlis pelancaran tersebut.Ketika ditemui Astro AWANI, mereka menyatakan keterujaan mereka untuk turut serta dalam program larian tersebut.
"Kami teruja untuk turut serta dalam Larian Shamrock 2018 ini kerana ia merupakan larian yang tidak kompetitif.
"Ia sememangnya bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat kita," kata Vanidah.
Larian Shamrock 2018 dianjurkan oleh MIAA dengan kerjasama Kedutaan Besar Ireland di Malaysia dan disokong oleh O'Briens Irish Sandwich and Cafe.
Larian ini akan diadakan di Stadium UM Arena, Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada Sabtu, 31 Mac 2018.
Kategori larian adalah 10km terbuka untuk lelaki dan perempuan berusia 18 tahun ke atas.
Kategori kedua adalah 5km terbuka kepada lelaki dan perempuan berusia lima tahun ke atas.
Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian melalui http://ift.tt/2CJXWnk.
Sumber Larian bertemakan Ireland-Malaysia bukan bertujuan kompetitif