Hubungan etnik negara lemah kerana sekolah pelbagai aliran

Hubungan etnik negara lemah kerana sekolah pelbagai aliran - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Hubungan etnik negara lemah kerana sekolah pelbagai aliran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hubungan etnik negara lemah kerana sekolah pelbagai aliran
link : Hubungan etnik negara lemah kerana sekolah pelbagai aliran

Baca juga


Hubungan etnik negara lemah kerana sekolah pelbagai aliran

IPOH: Aspek perpaduan dan hubungan etnik di negara masih berada pada tahap kurang memuaskan kesan daripada sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud dalam negara.

Profesor Bahasa Melayu yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik Kebangsaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seng, berkata ini kerana banyak perkara membabitkan hak dan keistimewaan orang Melayu yang menjadi asas perlembagaan dipertikaikan golongan muda dalam kalangan etnik lain.

Katanya, perkara itu berlaku adalah disebabkan sistem pendidikan yang diterima mereka kerana wujud sekolah pelbagai aliran dalam negara yang membenarkan pengasingan etnik pada usia yang cukup muda.

"Hubungan etnik kini menjadi cabaran dan ia datang dari golongan muda, khususnya etnik muda bukan Melayu yang seringkali mempertikai adat Melayu dan enggan terima adat Melayu sebagai sebahagian daripada perkara penting pembangunan nasional.

"Hubungan etnik dalam negara masih tahap seperti maksud simpulan bahasa 'Kenal Cina' sahaja.

"Kiasan Kenal Cina adalah perkenalan yang tak mesra dan hanya di permukaan sahaja dan belum ke tahap kenal lebih daripada itu, kita hanya kenal luaran mereka sahaja dan ia berlaku ada kaitan dengan sistem pendidikan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Kepimpinan dan Ulil Amri Tanah Melayu: Sorotan Adat Melayu dan Perlembagaan pada hari terakhir Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini, hari ini.

Katanya, tindakan membenarkan pengasingan etnik pada usia cukup muda seawal lima tahun ketika memasuki tadika, hingga ke sekolah rendah yang mempunyai tiga aliran pastinya menyukarkan pelajar bergaul apabila dicantumkan di peringkat menengah.

"Perkara itu (kelemahan hubungan etnik) perlu diselesaikan dan ia perlu kepada sistem pendidikan satu aliran sebagaimana yang dilaksanakan negara jiran iaitu Singapura, Indonesia dan Thailand.

"Kita perlu rungkaikan sistem persekolahan supaya ia menjadi hanya satu aliran, di mana-mana tempat pun di dunia, sistem inilah yang digunapakai untuk menyatu padu anak bangsa dan menghasilkan produk yang sama identitinya," katanya.

Beliau berkata, apa yang menyedihkan, dalam negara yang mempunyai sistem pendidikan yang pelbagai, masih terdapat dalam kalangan rakyat yang gagal, malah tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik sedangkan ia menjadi bahasa kebangsaan yang menjadi tunjang negara.

"Ia sangat tidak kena kerana sebagai warga negara yang tidak menguasai bahasa negara apakah ertinya kerakyatan yang dipegang? Ini masalah yang sangat serius dalam negara tetapi ia tidak disebut oleh orang politik atas beberapa sebab.

"Tetapi bagi saya sebagai ahli akademik, saya bercakap berdasarkan ilmu, meskipun selepas ini pelbagai cacian dan makian diterima, khususnya di laman sosial saya tidak peduli kerana bagi saya bila cakap soal pendidikan satu aliran niat saya adalah untuk pembangunan negara," katanya.



Sumber Hubungan etnik negara lemah kerana sekolah pelbagai aliran


Demikianlah Artikel Hubungan etnik negara lemah kerana sekolah pelbagai aliran

Sekianlah artikel Hubungan etnik negara lemah kerana sekolah pelbagai aliran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: