Judul : Dituduh Buat Bising Dalam MRT, Muka Nabila Razali Mahu Ditumbuk
link : Dituduh Buat Bising Dalam MRT, Muka Nabila Razali Mahu Ditumbuk
Dituduh Buat Bising Dalam MRT, Muka Nabila Razali Mahu Ditumbuk
PENYANYI Nabila Razali terkejut apabila menerima status berbentuk ugutan di laman sosial Twitter baru-baru ini.Biarpun sudah lali dengan kecaman netizen, Nabila berkata status yang dimuat naik seorang pengguna laman sosial itu disifatkan sebagai keterlaluan.
"Saya menyanyi di dalam MRT tempoh hari atas undangan pihak TV3 bagi mempromosikan Anugerah Juara Lagu. Tapi perkara itu disalahertikan oleh segelintir netizen yang anggap saya sengaja buat bising.
"Ada salah satu tweet tu ditulis nak tumbuk saya kalau jumpa saya di sana. Kenapalah sampai nak tumbuk, bukan saya buat salah pun. Tren yang kami naik itu juga merupakan tren khas untuk kempen pertandingan AJL dan tidak pun menganggu penguna MRT lain," katanya.
Terdahulu, pemilik akaun Twitter @pikajue menulis "Kalau aku dalam MRT ni, mau aku tumbuk perempuan ni".
Penyanyi lagu Pematah Hati ini memuat naik paparan skrin tersebut dan bertanya adakah dia perlu membuat laporan polis berhubung ugutan sebegitu yabg dirasakan mengancam keselamatannya.
Bagaimanapun, bekas peserta Akademi Fantasia 2013 ini berkata dia tidak mahu mengambil sebarang tindakan berkaitan isu berkenaan.
"Setelah perbincangan dengan pengurusan rasanya tak perlu sampai nak buat laporan polis dan anggap itu mungkin hanya usikan nakal netizen.
"Namun, saya harap tidak jadi perkara macam ni kerana kita hidup dalam negara yang aman kenapa perlu ada sikap negatif sebegitu," ujarnya.
Sumber Dituduh Buat Bising Dalam MRT, Muka Nabila Razali Mahu Ditumbuk