Judul : Cabaran Sanchez meneruskan legasi jersi bernombor 7 di Manchester United
link : Cabaran Sanchez meneruskan legasi jersi bernombor 7 di Manchester United
Cabaran Sanchez meneruskan legasi jersi bernombor 7 di Manchester United
GEORGE Best, Bryan Robson, Eric Cantona, David Beckham, Cristiano Ronaldo.Mereka ini merupakan antara pemain yang terkenal dengan jersi bernombor "7" di Manchester United, sekaligus menjadi antara legenda kelab berkenaan.
Begitupun ada juga pemain yang pernah diberi peluang menggunakan nombor berkenaan tetapi gagal mencapai jangkaan yang diharapkan seperti Michael Owen, Angel di Maria dan juga Memphis Depay.
Kini nombor berkenaan sudah mempunyai 'pemilik' yang baru iaitu pemain antarabangsa Chile, Alexis Sanchez yang berhijrah dari Arsenal ke United.Khabar angin mengenai Sanchez ingin berubah haluan ke pasukan lain sudah lama kedengaran tetapi ia lebih menjurus kepada jiran United iaitu Manchester City.
Begitupun Sanchez ambil keputusan menyertai United dalam jendela perpindahan bulan Januari 2018 dengan Henrikh Mkhitaryan membuat haluan yang berbeza dengan berhjirah ke London untuk bersama The Gunners.
Jarang sekali United membawa masuk pemain baru pada pertengahan musim tetapi bagi penulis kehadiran Sanchez pastinya dapat memberi impak yang tersendiri dalam cabaran pasukan itu untuk cuba menafikan City gelaran liga musim ini.
Apa yang pasti, harapan tinggi pastinya disandarkan kepada Sanchez untuk meneruskan legasi nombor 7 di United dan lebih utama, menutup mulut pengkritik yang berpandangan keputusannya sertai The Red Devils lebih menjurus kepada nilai gaji yang lebih tinggi sedangkan ramai merasakan dia punyai peluang lebih cerah meraih kejuaraan andai menyertai City.
Penulis bagaimanapun percaya sepanjang tempohnya bersama United, Sanchez dapat menyerlahkan kualiti yang ada pada dirinya sekaligus memastikan lebih banyak kejayaan dan trofi utama dapat dimenangi skuad kendalian Jose Mourinho itu.
*Syamil Izwan Azizan adalah wartawan saluran Astro Arena yang mengikuti rapat perkembangan sukan antarabangsa.
**Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Sumber Cabaran Sanchez meneruskan legasi jersi bernombor 7 di Manchester United