Judul : Kes pukul tiga anggota Rela, Datuk Seri serah diri
link : Kes pukul tiga anggota Rela, Datuk Seri serah diri
Kes pukul tiga anggota Rela, Datuk Seri serah diri
KUALA LUMPUR, 30 Okt ― Lelaki bergelar Datuk Seri yang dipercayai memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), menyerah diri kepada polis.
Suspek, 29, kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 4 petang tadi, lapor Berita Harian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata perintah reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Ampang, esok.
Suspek ditahan berikutan perbuatannya memukul Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie, 21, dan Lee Weng Poh, 27, kira-kira jam 6.30 pagi, Jumaat lalu.
Mangsa bengkak di mata kiri, selain sakit di beberapa tubuh akibat dipukul dan ditendang suspek di sebuah tokong dekat Kampung Baru.
Kejadian berlaku apabila mereka meminta suspek mengalihkan Toyota Vellfire yang diletak di tepi jalan kerana menghalang lalu lintas.
Hari ini, ketua pengarah Rela Zulkifli Abidin memberi sijil kepujian mereka kerana bersikap profesional ketika menjalankan tugas.
Sumber Kes pukul tiga anggota Rela, Datuk Seri serah diri