Judul : Penemuan 9 mayat dipotong-potong dan dilapah, manakala kepala dipotong dalam beberapa bekas
link : Penemuan 9 mayat dipotong-potong dan dilapah, manakala kepala dipotong dalam beberapa bekas
Penemuan 9 mayat dipotong-potong dan dilapah, manakala kepala dipotong dalam beberapa bekas
POLIS menahan seorang lelaki selepas penemuan mengerikan, sembilan mayat yang dipotong-potong serta dilapah manakala kepala dipotong dalam beberapa bekas di apartmen lelaki berkenaan di Zama, pinggir Tokyo, hari ini.
Menurut polis, lelaki itu dikenali sebagai Takahiro Shiraishi berusia 27 tahun dan mayat terbabit ialah lapan wanita serta seorang lelaki.
Polis sedang berusaha mengenal pasti mangsa serta motif dan siapa membunuh mereka.
Buat masa ini, Polis Metropolitan Tokyo menahan Takahiro atas tuduhan memotong satu mayat yang dimasukkan dalam peti sejuk beku, dakwaan yang tidak dinafikannya.
Sebelum ini, polis yang menyiasat kehilangan seorang wanita berusia 23 tahun sejak 21 September lalu, menemui kaitan antara wanita itu dengan Takahiro.
Akhbar Sankei Shimbun melaporkan, wanita itu pernah menulis melalui Twitter ‘Saya mencari seseorang yang mahu mati bersama saya’.
Laporan lain menyatakan Takahiro dengan wanita itu berkenalan melalui laman web yang menyiarkan maklumat mengenai bunuh diri.
Menurut laporan NHK, rakaman CCTV menunjukkan Takahiro dan wanita itu berjalan bersama, Isnin lalu.
Polis pada awalnya menemui dua kepala dalam kotak penyejuk dekat pintu masuk lelaki itu sebelum menemui mayat lain serta anggota tubuh.
Menurut jurucakap polis, pemeriksaan lanjut menemui sembilan kepala manusia dalam pelbagai bekas di apartmen berkenaan.
Takahiro dilaporkan membuang daging serta organ mangsa ke dalam tong sampah.
Menurut Jiji Press, lelaki itu memberitahu polis dia memotong serta melapah mayat mangsa dalam bilik air dan gergaji ditemui dalam biliknya.
Akhbar Sankei Shimbun melaporkan, jiran memberitahu terhidu bau busuk yang tidak pernah dihidunya sebelum ini, yang disangkanya air kumbahan.
Sumber: Harian Metro
Sumber Penemuan 9 mayat dipotong-potong dan dilapah, manakala kepala dipotong dalam beberapa bekas