Tekong, pemancing hilang ditemui selamat

Tekong, pemancing hilang ditemui selamat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tekong, pemancing hilang ditemui selamat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tekong, pemancing hilang ditemui selamat
link : Tekong, pemancing hilang ditemui selamat

Baca juga


Tekong, pemancing hilang ditemui selamat

YAN: Enam pemancing bersama seorang tekong bot yang hilang di perairan barat Kuala Sala, Yan, pada Ahad, ditemui selamat kira-kira jam 2 petang tadi oleh nelayan tempatan.

Menurut Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said, bot yang membawa tujuh mangsa itu ditemui hanyut kira-kira 30 batu nautika dari kawasan mereka dilaporkan hilang selepas mengalami kerosakan enjin.

Katanya, selepas bot yang rosak itu berjaya dibaiki, hasil bantuan yang dihulurkan oleh nelayan yang menemui mereka, bot terbabit bergerak ke Jeti Kuala Sala.

"Bagaimanapun, dalam perjalanan, bot itu kehabisan minyak dan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghantar minyak dan menunda bot terbabit sehingga tiba di Jeti Kuala Sala petang tadi," kata Rozali.

Enam mangsa yang dilaporkan hilang itu ialah tekong Khairul Anuar Arshad, 39, pemancing Mohamad Ramli, 57, Mohd Salihin Ibrahim, 52, Mohamad Nazri Abdul Hamid, 47, Azmi Raif Mohd Noh, 48, Jasri Daud, 48, dan Thai Kean Onn, 49.

Mereka tiba di jeti Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sala kira-kira pukul 4.20 petang tadi.

Tujuh individu itu turun ke laut dari Jeti Kuala Sala seawal 6 pagi Ahad dan dijadualkan pulang ke jeti sama selewat-lewatnya 7 petang hari sama.

Ketika ditemui, Khairul Anuar mengucapkan syukur mereka semua akhirnya selamat.

"Lebih 30 jam hanyut dan terdampar di tengah laut, akhirnya doa kami semua dimakbul Allah," katanya ketika ditemui di jeti Kuala Sala, Yan, petang tadi.

Menurutnya, dia berasa bertanggungjawab terhadap nyawa pemancing lain selepas botnya mengalami kerosakan pada enjin.

Dia tidak berputus asa dan cuba membaiki kerosakan itu, bagaimanapun ketiadaan barang ganti menjadikan usahanya terbantut.

"Semua itu atas tangunggan kita. Kalau jadi apa-apa pun, semua atas tanggungjawab kita. Cuma, mereka tenang, tak panik.

"Hari ketiga semalam, kami makan ikan rebus. Kami sudah hampir putus asa, tetapi apa gunanya berserah bulat-bulat begitu. Cuba (baiki kerosakan) selagi boleh," katanya.

Sementara itu, Azmi Raif berkata, dia terkilan apabila isyarat kecemasan (SOS) yang cuba mereka berikan kepada bot nelayan yang melalui kawasan itu tidak diendahkan.

Malah, katanya, bot berkenaan terus meninggalkan kawasan tersebut.

"Saya tahan lebihkurang tiga biji bot pukat tarik. Saya lambai. Ada yang datang. Tetapi lebih kurang dalam 200 meter kemudian, mereka patah balik," tambahnya.



Sumber Tekong, pemancing hilang ditemui selamat


Demikianlah Artikel Tekong, pemancing hilang ditemui selamat

Sekianlah artikel Tekong, pemancing hilang ditemui selamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: