Penyokong JDT 'berkampung' di Larkin demi tiket final

Penyokong JDT 'berkampung' di Larkin demi tiket final - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Penyokong JDT 'berkampung' di Larkin demi tiket final, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penyokong JDT 'berkampung' di Larkin demi tiket final
link : Penyokong JDT 'berkampung' di Larkin demi tiket final

Baca juga


Penyokong JDT 'berkampung' di Larkin demi tiket final

mohdfahmi@bh.com.my 

JOHOR BAHRU: Demi mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia, peminat pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sanggup 'berkampung' di perkarangan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, sejak petang tadi.

Tinjauan BH ke stadium berkenaan  mendapati peminat mula beratur dan 'menempah' giliran dengan membentangkan tikar untuk bermalam di perkarangan stadium.

Seorang daripada peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Misran, 28, berkata, dia dan rakannya mula beratur untuk mendapatkan tiket yang akan mula dijual di kaunter pagi esok, sejak jam 6.30 petang tadi.

"Saya sudah cuba membeli tiket secara atas talian, namun tidak berjaya kerana terdapat sedikit masalah jadi saya dan rakan mengambil keputusan untuk beratur awal dan bermalam di sini.

"Apa yang penting kami dapat membeli tiket dan menyaksikan perlawanan akhir antara JDT dan Kedah di Shah Alam Sabtu nanti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang peminat, Iqbal Hadi Mohd Yunos, 32, berkata dia dan anak saudaranya mula berkampung di stadium sejak jam 8 malam tadi bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir itu.

"Esok kebetulan saya tidak bekerja jadi saya ambil keputusan untuk beratur awal dan bermalam di sini bagi mendapatkan tiket perlawanan akhir.

"Ini bukan kali pertama kami melakukannya kerana sebelum ini kami pernah juga bermalam untuk mendapatkan tiket perlawanan JDT," katanya.

Perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Kedah akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Sebanyak 72,000 tiket diperuntukkan dengan setiap pasukan akan menerima agihan 30,000 tiket dewasa dan 750 kanak-kanak, manakala baki 10,000 tiket dewasa serta 500 tiket kanak-kanak dijual menerusi dalam talian.

Tiket bagi dewasa berharga RM50, manakala kanak-kanak RM5 termasuk GST dan perlindungan insurans.



Sumber Penyokong JDT 'berkampung' di Larkin demi tiket final


Demikianlah Artikel Penyokong JDT 'berkampung' di Larkin demi tiket final

Sekianlah artikel Penyokong JDT 'berkampung' di Larkin demi tiket final kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: