Judul : Tekad berhenti sekolah kerana mahu jaga nenek. JPN pujuk Syawal bersekolah kembali
link : Tekad berhenti sekolah kerana mahu jaga nenek. JPN pujuk Syawal bersekolah kembali
Tekad berhenti sekolah kerana mahu jaga nenek. JPN pujuk Syawal bersekolah kembali
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) sedia memujuk Syawal Mukhriz Abdul Razak, 14, kembali bersekolah supaya tidak terus keciciran pelajaran.
Pengawai JPN Kedah, Abdullah Abdul Manaf berkata, jika bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah itu berminat menyambung pelajaran, pihaknya akan membantu memudahkan urusan berkaitan.
Katanya, pihaknya menyemak status Syawal Mukriz yang dibuang sekolah pada 20 Ogos lalu dan tindakan itu dibuat mengikut prosedur JPN selepas mengeluarkan surat amaran sebanyak tiga kali kepadanya sebelum ini.
“Surat amaran itu dikeluarkan kali pertama pada 3 Mac 2017 disusuli surat kedua pada 11 Mei, manakala surat amaran kali ketiga pada 14 Julai, namun masih tiada sebarang jawapan.
“Selepas itu baru surat diberhentikan sekolah dikeluarkan pada 20 Ogos lalu, namun kami berharap pelajar ini kembali ke sekolah, malah Pengarah JPN negeri, Datuk Azuyah Hassan mahu saya memujuknya,” katanya, semalam.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata, pihaknya akan berkunjung ke rumah Syawal Mukhriz dan melihat keadaan bekas pelajar itu dan neneknya.
“Dia pernah dapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tahun lalu,” katanya.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan Syawal Mukriz dari Kampung Alor Gunung, Seberang Pantai Johor berikrar menjaga dan menemani neneknya, Azilah Walad, 67, selama-lamanya.
Azilah yang buta akibat kemalangan 10 tahun lalu hilang punca pendapatan menjual kuih dan kini mengharapkan ihsan rakan serta orang ramai untuk kelangsungan hidup.
Syawal Mukhriz yang dijaga Azilah sejak dilahirkan enggan ke sekolah sejak awal tahun ini berikutan mahu menjaga neneknya di rumah.
Tinjauan Metro mendapati keadaan rumah pusaka dihuni mereka kurang terurus di dapur selain keadaan rumah yang usang dimamah usia.
Sumber: Harian Metro
Sumber Tekad berhenti sekolah kerana mahu jaga nenek. JPN pujuk Syawal bersekolah kembali