Judul : Syarikat Telekomunikasi Ini Buktikan Isyarat 4G Paling Jelas!
link : Syarikat Telekomunikasi Ini Buktikan Isyarat 4G Paling Jelas!
Syarikat Telekomunikasi Ini Buktikan Isyarat 4G Paling Jelas!
YES berjaya menunjukkan rangkaian 4G terbaik kepada pengguna manakala Maxis menjadi operator mudah alih yang dominan dalam semua ujian yang dijalankan. (Gambar: i-seed.it)
Namun, mana satukah pakej data yang berbaloi dan sesuai dengan kemahuan anda? Tahukah anda, kajian yang dijalankan OpenSignal, Inc menerusi laporan ‘State of Mobile Networks: Malaysia’ menyatakan Yes, jenama telekomunikasi 4G di bawah YTL Communications dipilih sebagai perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang memiliki isyarat 4G paling jelas.
Menurut kajian itu, isyarat talian 4G dipancarkan Yes menawarkan 93.2 peratus kejelasan perkhidmatan jalur lebar evolusi jangka panjang (LTE).
MANA LEBIH BAGUS?
Berdasarkan peratusan itu, Yes meninggalkan Maxis di tangga kedua dengan melepasi 80 peratus ketersediaan isyarat dalam ujian yang dijalankan ke atas 75,288 peranti mudah alih.
Laporan itu menyebut penyedia telekomunikasi lain iaitu Celcom, DiGi, U Mobile dan Webe menyediakan akses isyarat LTE kepada pengguna mereka antara 62 peratus dan 74 peratus.
Bagaimanapun, ujian yang dijalankan antara 1 Jun sehingga 31 Ogos lalu menunjukkan Maxis mendahului empat daripada enam kategori iaitu kelajuan 4G, latensi 4G, kelajuan 3G dan latensi 3G. Bagi kategori kelajuan 4G, Maxis menawarkan kelajuan purata muat turun 23.6Mbps, lebih 3Mbps di depan pencabar terdekatnya, Yes.
Kedua operator merekodkan angka melebihi purata global, 16.2 Mbps, seperti yang diuji dalam laporan State of LTE yang dijalankan OpenSignal, Inc. Tempat ketiga, Celcom pula sekadar sepadan dengan purata global berkenaan.
Bagaimanapun, tiga pengendali lain Digi, U-Mobile dan Webe berada jauh di belakang dan tidak mencapai purata yang global yang ditetapkan.
KELAJUAN LIPUTAN 3G
Bagi kategori kelajuan muat turun 3G pula hanya terpakai bagi syarikat telekomunikasi yang mempunyai perkhidmatan rangkaian 3G mereka sendiri iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.
Maxis mendahului dengan kelajuan muat turun 3G sebanyak 3.8 Mbps dalam ujian berkenaan manakala Celcom, U Mobile dan Digi merekodkan muat turun 3G lebih perlahan kurang daripada 3 Mbps.
Bagi kategori latensi 4G dan 3G dimenangi oleh operator Maxis. Dalam hasil ujian yang dijalankan, pengguna Maxis mengalami kelewatan 41ms, di antara 3ms dan 15ms di hadapan lima saingannya, sementara dalam ujian latensi 3G ia merekodkan 97.4ms.
Secara keseluruhannya, beberapa operator dalam domain 4G melakukan kemajuan yang baik dari segi kelajuan muat turun. Laporan OpenSignal juga mendapati ketersediaan 4G yang mengagumkan dalam kalangan pengendali utama.
Walaupun Yes mengungguli dua kategori utama, hasil ujian menunjukkan Maxis menjadi operator mudah alih yang dominan dalam semua ujian yang dijalankan.
Sumber Syarikat Telekomunikasi Ini Buktikan Isyarat 4G Paling Jelas!