Ahli perniagaan didenda RM100,000 dan penjara 2 hari tipu kontraktor

Ahli perniagaan didenda RM100,000 dan penjara 2 hari tipu kontraktor - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Ahli perniagaan didenda RM100,000 dan penjara 2 hari tipu kontraktor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli perniagaan didenda RM100,000 dan penjara 2 hari tipu kontraktor
link : Ahli perniagaan didenda RM100,000 dan penjara 2 hari tipu kontraktor

Baca juga


Ahli perniagaan didenda RM100,000 dan penjara 2 hari tipu kontraktor

SEREMBAN: Seorang ahli perniagaan dihukum penjara dua hari dan denda RM100,000 selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menipu seorang kontraktor untuk mendapatkan projek berkaitan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), kira-kira enam tahun lalu.

Ahmad Omar Noordin, 54, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan semula ke atasnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim G.Ramesh.

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Omar didakwa memperdaya Ng Suat Leh, 66, bahawa dia akan mendapatkan projek berkaitan pembangunan klia2 sehingga mendorong mangsa menyerahkan RM200,000 melalui pesanan juruwang atas nama isterinya pada 18 Ogos 2010.

Tertuduh turut didakwa memperdaya Ng bahawa dia akan mendapatkan projek yang sama sehingga mendorong mangsa mendepositkan wang RM5,000 ke dalam akaun bank milik isterinya pada 3 Sept 2010.

Berdasarkan fakta kes, projek berkaitan pembangunan klia2 yang dimaksudkan dalam kes tersebut adalah pembinaan fasiliti landasan dan pagar bagi kegunaan klia2 di bawah kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Terdahulu, peguam bela tertuduh, Rajindar Singh merayu kepada mahkamah untuk menjatuhi hukuman minimum ke atas Ahmad Omar memandangkan ia merupakan kesalahan pertama tertuduh dan tindakan tertuduh mengaku salah menunjukkan dia telah insaf.

Rajindar berkata tertuduh menghidap penyakit kronik termasuk berkaitan jantung dan kencing manis, manakala isteri tertuduh pula perlu menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu serta perlu menjaga kebajikan sembilan anaknya berusia antara dua hingga 27 tahun termasuk anak sulung yang sedang belajar di luar negara.

Timbalan Pendakwa Raya Nurdiyanah Mohd. Nawawi bagaimanapun membantah rayuan tersebut dengan meminta hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Ramesh kemudiannya menjatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM50,000 ke atas tertuduh bagi kesalahan pertama dan mengenakan hukuman serupa bagi pertuduhan kedua dan jika gagal membayar denda tersebut boleh dihukum penjara 12 bulan bagi setiap kesalahan.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA



Sumber Ahli perniagaan didenda RM100,000 dan penjara 2 hari tipu kontraktor


Demikianlah Artikel Ahli perniagaan didenda RM100,000 dan penjara 2 hari tipu kontraktor

Sekianlah artikel Ahli perniagaan didenda RM100,000 dan penjara 2 hari tipu kontraktor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: