Judul : “Sekarang saya gembira” – Dato Vida
link : “Sekarang saya gembira” – Dato Vida
“Sekarang saya gembira” – Dato Vida
JUTAWAN kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida yang juga penaja utama program realiti popular Gegar Vaganza musim keempat (GV4) mengakui sangat gembira dan teruja dengan layanan yang diberikan pihak Astro di konsert pertama program itu, malam kelmarin.
Vida berkata, dia berpuas hati dengan setiap pendedahan dan peluang yang diberikan bagi mempromosikan produknya.
“Konsert pertama GV4 mengubat luka dan kecewa saya sebelum ini. Saya sangat gembira dengan layanan baik pihak Astro dan persembahan mantap setiap peserta.
“GV4 berlangsung dengan penuh meriah apabila pengacaranya, Nabil dan Jihan juga dilihat berjaya memberikan suntikan baru dalam program terbabit dengan penuh lawak jenaka. Selain itu, barisan juri kali ini juga hebat.
“Pada minggu pertama ini juga saya sudah diberikan mikrofon sendiri untuk ‘mencelah’, namun mengikut batas dan garis panduan yang perlu saya patuhi sebagai penaja,” katanya.
Vida sebelum ini menyelar pihak Astro di Instagram kerana tidak memberinya peluang bercakap di sidang media program itu.
Vida memuat naik empat rakaman video berserta status meluahkan rasa kurang puas hati dan kecewa terhadap Astro di Instagram sebaik sidang media itu tamat.
Menurut Vida, dia sudah tidak lagi marah, sebaliknya seronok apabila GV4 kini bersiaran secara langsung di sebuah dewan yang gah dengan konsep pentas yang lebih besar.
“Ini baru dinamakan sebuah konsert apabila pentas dan pencahayaan dewan terbabit kelihatan mewah. Jadi, sebagai penaja saya sudah pasti berasa gembira dan berpuas hati dengan bajet yang dikeluarkan untuk menaja program ini,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber “Sekarang saya gembira” – Dato Vida