Dynas Bakal Kahwini Teman Baik, Shazrik Din, Jangka April Tahun Depan

Dynas Bakal Kahwini Teman Baik, Shazrik Din, Jangka April Tahun Depan - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Dynas Bakal Kahwini Teman Baik, Shazrik Din, Jangka April Tahun Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dynas Bakal Kahwini Teman Baik, Shazrik Din, Jangka April Tahun Depan
link : Dynas Bakal Kahwini Teman Baik, Shazrik Din, Jangka April Tahun Depan

Baca juga


Dynas Bakal Kahwini Teman Baik, Shazrik Din, Jangka April Tahun Depan

Dynas Bakal Kahwini Teman Baik, Shazrik Din, Jangka April Tahun Depan

Selamat bertunang Khamis lalu. (Pic: Gid Idris)

Awal pagi Jumaat lalu, Dynas akhirnya mengesahkan teka teki hubungannya dengan Shazrik Din yang selama ini mencetuskan tanda tanya. Selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal, hikayat cinta mereka kini akhirnya bagai menuju ke satu penamat yang indah.

Muat naik gambar Dynas atau nama penuhnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar di laman Instagram menayangkan cincin yang tersarung di jari manis membuktikan hatinya kini sah dimiliki lelaki berkenaan.

Pasangan berkenaan dijangka melangsungkan pernikahan sekitar April pada tahun depan.

Rancang April tahun hadapan.

Malah Khamis lalu, 26 Oktober, turut berlangsung majlis merisik dan pertunangan di kediaman keluarga Dynas di Shah Alam selepas waktu Maghrib. Dynas dan Shazrik masing-masing menggayakan rekaan Syaiful Baharim.

“Alhamdulillah saya lega kerana hubungan kami sejak tiga tahun lalu melangkah ke satu fasa lain. Insya-Allah tak lama lagi ke gerbang perkahwinan pula. Doa saya untuk memiliki kehidupan berkeluarga seperti wanita lain dan ada orang menjaga sedang dipermudahkan.

“Majlis kahwin akan diadakan tahun depan. Rancangnya bulan April. Tapi belum ada tarikh.

Berharap semua berjalan lancar.

“Keluarga kami masing-masing juga sangat menyokong. Kedua anak saya, Khyra Khalyssa (7) dan Mohamed Haqaish (5) juga sangat positif penerimaan mereka terhadap Shazrik,” katanya yang cantik ditatarias Asyadilla serta dandanan rambut oleh The Hair Tric & Lashility

Menurut Dynas, dia ketika ini hanya mengharapkan hari bahagia yang sedang dirancang akan berjalan lancar.

Ketika ini, saya dan Shazrik merancang akan mengadakan majlis nikah diikuti resepsi yang kecil. Selain itu, insya-Allah kami juga akan mengadakan majlis di sebuah dewan secara tertutup dihadiri mereka yang rapat dengan kami,” katanya.

Kenal sejak berusia 17 tahun.

Sejurus selesai majlis merisik dan pertunangan, Shazrik turut diraikan hari lahirnya menjelang jam 12 tengah malam menginjak usia 35 tahun Jumaat lalu di sebuah restoran di Hartamas. Kata Dynas, majlis itu diaturnya selain dibantu teman baik termasuk Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Sementara itu, Dynas memberitahu dia mengenali bakal suaminya, Shazrik Din sejak dia berusia 17 tahun lagi. Akhirnya teman baik yang dikenali sekian lama itu bakal bergelar suaminya tahun depan.

Mula intim sejak tiga tahun lalu sebagai pasangan kekasih, Dynas, 34, menyifatkan Shazrik bagai cukup lengkap menyempurnakan dirinya sebagai seorang wanita yang bergelar ibu dan bapa kepada dua anak.

Malah, pelakon filem Tombiruo itu juga melihat terlalu banyak ciri positif yang ada dalam diri usahawan yang genap berusia 35 tahun pada 27 Oktober lalu sekali gus meyakinkannya untuk terbuka hati berkahwin lagi buat kali kedua.

Penyayang dan romantik.

“Kami sudah berkawan lama. Bayangkan ketika itu saya berusia 17 tahun dan kini saya sudah di fasa awal 30-an. Pendek kata, dia tahu serba serbi fasal saya. Dia juga kawan baik yang kini sudah bergelar tunangan dan tak lama lagi sebagai suami pula.

“Satu yang saya lihat, dia selalu mengutamakan orang lain berbanding dirinya sendiri. Hatinya terlalu baik dan banyak nilai positif. Dia sangat menghormati orang tua, sangat merendah diri. Paling utama, dia juga buat saya jadi manusia yang lebih baik berbanding sebelumnya,” kata Dynas.

Dynas menambah Sazrik juga bijak mengawal amarah dirinya.

“Dia berlawanan dengan saya. Sangat menenangkan. Penyayang dan romantik itu tak usah cakaplah. Insya-Allah dia akan menjadi keluarga yang baik untuk keluarga saya,” katanya.



Sumber Dynas Bakal Kahwini Teman Baik, Shazrik Din, Jangka April Tahun Depan


Demikianlah Artikel Dynas Bakal Kahwini Teman Baik, Shazrik Din, Jangka April Tahun Depan

Sekianlah artikel Dynas Bakal Kahwini Teman Baik, Shazrik Din, Jangka April Tahun Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: