Judul : Nak ambil jam tangan terjatuh, tangan murid Tahun 4 tersangkut dalam lubang tandas
link : Nak ambil jam tangan terjatuh, tangan murid Tahun 4 tersangkut dalam lubang tandas
Nak ambil jam tangan terjatuh, tangan murid Tahun 4 tersangkut dalam lubang tandas
Seorang pelajar Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Dato Harun (2) Petaling Jaya melalui detik-detik cemas apabila tangannya tersekat di dalam lubang tandas.
Pelajar lelaki tersebut dikatakan mahu mengambil jam tangan miliknya yang dipercayai jatuh ke dalam lubang tandas tersebut.
Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 11.24 pagi tadi kemudian bergegas ke lokasi kejadian kira-kira seminit kemudian dan tiba 20 minit kemudian.
Seramai 9 orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya terlibat di dalam operasi menyelamat itu yang diketuai oleh PBK II Azman selaku Komander Operasi.
Bomba yang tiba di lokasi kejadian kemudian bertindak memecahkan mangkuk tandas tersebut menggunakan peralatan Paratech sebagai usaha untuk mengeluarkan tangan pelajar tersebut bagi mengelak daripada kecederaan yang lebih parah.
Sumber Nak ambil jam tangan terjatuh, tangan murid Tahun 4 tersangkut dalam lubang tandas