Judul : Ada Saja Orang Tak Puas Hati Pada Shima Anuar
link : Ada Saja Orang Tak Puas Hati Pada Shima Anuar
Ada Saja Orang Tak Puas Hati Pada Shima Anuar
PELAKON Shima Anuar rimas dengan sesetengah pihak yang tidak memahami keadaannya sedang mengandung tujuh bulan.Shima, 26, berkata, langkahnya jarang memuat naik gambar bersama suami di laman sosial menyebabkan ramai pihak membuat andaian sendiri.
"Semenjak kahwin dan mengandung pula sekarang, saya tak suka tunjuk kehidupan peribadi di laman sosial.
"Apabila saya buat macam tu, ada pula orang yang tak puas hati dan pertikai. Itu yang membuat saya rimas sebenarnya," kata Shima.
Shima diminta mengulas mengenai laporan sebuah portal hiburan yang mengatakan dia berang dengan individu yang suka mengambil tahu hal rumah tangganya.
Menurut Shima, dia tidak gemar untuk memaparkan kehidupan peribadi kerana enggan dituduh suka menunjuk.
"Kalau selalu masukkan gambar nanti orang cakap macam saya seorang sahaja ada suami, orang cakap saya nak tunjuk bahagia.
"Serba-serbi tak kena, ada sahaja yang orang nak pertikai. Saya pun tak faham dengan mereka," ujarnya.
Kata Shima, dia ada mengadu mengenai hal itu kepada suaminya. Namun, dia diminta supaya tidak mengendahkan hal itu.
Tambahnya lagi, emosi dia tidak stabil sewaktu proses kehamilan. Jadi, dia mengambil langkah selamat untuk mengurangkan aktiviti di media sosial bagi mengelak sebarang anasir negatif mengganggu dirinya.
Dalam pada itu, Shima yang kini sudah tujuh bulan hamil berkata, dia tidak mengambil sebarang tawaran lakonan kerana mahu fokus terhadap kandungan.
Menurut Shima, dia yang dijangka bersalin pada pertengahan Disember depan merancang untuk bersalin di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah, kandungan saya dalam keadaan sihat. Insya-Allah saya jangka bersalin pada pertengahan bulan Disember depan.
"Buat masa ini, saya tidak ambil sebarang tawaran berlakon sebab nak beri keutamaan kepada kandungan," katanya.
Shima merupakan isteri kepada ahli perniagaan Mohd Solih Toha.
Mereka berkahwin pada 8 April lalu.
Sumber Ada Saja Orang Tak Puas Hati Pada Shima Anuar