Judul : Netizen Komen Lakonan Neelofa 'Kayu'
link : Netizen Komen Lakonan Neelofa 'Kayu'
Netizen Komen Lakonan Neelofa 'Kayu'
DRAMA terbaru yang dibintangi pelakon Neelofa dan Alif Satar iaitu Red Velvet mula mencuri hati penonton semenjak mula ditayangkan pada Isnin lalu.Kebanyakan penonton memuji lakonan bersahaja Alif Satar yang memegang watak sebagai Izzat.
Namun, ada segelintir netizen yang mempersoalkan lakonan Neelofa yang dilihat masih 'kayu'.
Penulis novel drama itu, Acik Lana berkata, fizikal watak Helena dalam novel berbeza dengan Neelofa.
Malah, Acik juga mengakui lakonan Neelofa pada episod awal kelihatan keras sedikit namun dia mula rasa seronok apabila menonton episod tiga.
"Hai hai. Macam mana #redvelvetdrama setakat episod 4? Dengar cerita macam-macam orang komen pasal lakonan Neelofa sebagai Helena.
"Kayu? Keras? Kaku? Kalau dalam novel memang fizikal Helena lainlah daripada Neelofa. Sebab versi novel orangnya free hair, tinggi, seksi meksi.
"Lakonan Neelofa awal-awal episod memang nampak macam keras sikitlah tapi bagi saya mula episod 3 dah kelakar dan seronok saja tengok," kata Acik.
Tambah Acik lagi, lakonan Alif kelihatan semula jadi apabila melontarkan dialognya dan dia suka dengan watak Fareeq yang dilakonkan oleh Hafidz Roshdi.
"Alif macam biasalah natural aja lontaran dialog dia. Watak Fareeq pun Acik suka lakonan Hafidz.
"Insya-Allah, episod seterusnya harap lebih baik. Korang rasa macam mana?" ujarnya.
Drama tersebut bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di Astro Ria.
Sumber Netizen Komen Lakonan Neelofa 'Kayu'