Kerajaan tidak ada perancangan lepas pegangan PLUS

Kerajaan tidak ada perancangan lepas pegangan PLUS - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kerajaan tidak ada perancangan lepas pegangan PLUS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan tidak ada perancangan lepas pegangan PLUS
link : Kerajaan tidak ada perancangan lepas pegangan PLUS

Baca juga


Kerajaan tidak ada perancangan lepas pegangan PLUS

KUALA LUMPUR: Kerajaan buat masa ini tidak mempunyai perancangan untuk melepaskan pegangan dalam PLUS Malaysia Bhd (PLUS) kepada Maju Holdings Sdn Bhd (Maju Holdings).

Kementerian Kewangan berkata kerajaan memandang serius kedudukan kewangan serta kemampuan entiti persendirian seperti Maju Holdings untuk membiayai cadangan pengambil alihan korporat itu.

"Cadangan pengambil alihan PLUS perlu disokong dengan punca pendanaan yang jelas dan kukuh serta keupayaan operasi untuk memastikan pengendali aset strategik negara ini tidak berdepan dengan pemasalahan kewangan sekiranya berlaku kejutan ekonomi, mahupun keteruapan pertukaran mata wang asing," kata kementerian itu.

Kementerian Kewangan menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) mengenai keputusan hasil daripada cadangan tawaran Maju Holdings untuk mengambil alih PLUS bernilai RM36 bilion.

Katanya, cadangan pengambil alihan itu juga tidak boleh dilihat semata -mata dari sudut untuk tidak menaikkan caj tol selama beberapa tahun dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Sebaliknya, ia perlu menepati keperluan kerajaan termasuk kemampuan operasi dan kewangan untuk mengurus Lebuhraya Utara-Selatan dalam jangka masa panjang.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Maju Holdings Tan Sri Abu Sahid Mohamad sebelum ini menyuarakan hasrat untuk membeli 51 peratus saham UEM Group Bhd dan 49 peratus saham Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam PLUS sekali gus mengambil alih lebuh raya utama negara itu selain beberapa lagi syarikat operator lebuh raya lain seperti Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE) dan Linkedua Malaysia Bhd (LINKEDUA).

-- BERNAMA



Sumber Kerajaan tidak ada perancangan lepas pegangan PLUS


Demikianlah Artikel Kerajaan tidak ada perancangan lepas pegangan PLUS

Sekianlah artikel Kerajaan tidak ada perancangan lepas pegangan PLUS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: