Judul : “Dia ada dua ayah takde ibu ke? Macam gay family je” – Iklan seluar abang sado topless dukung bayi dikecam seolah mempromosi gay
link : “Dia ada dua ayah takde ibu ke? Macam gay family je” – Iklan seluar abang sado topless dukung bayi dikecam seolah mempromosi gay
“Dia ada dua ayah takde ibu ke? Macam gay family je” – Iklan seluar abang sado topless dukung bayi dikecam seolah mempromosi gay
Pelbagai cara digunakan pengasas sesuatu produk untuk memastikan jenama mereka menjadi sebutan sekaligus tidak perlu membelanjakan kos yang besar bagi tujuan pemasaran. Tidak kiralah berkaitan atau tidak, sesuatu iklan itu mestilah lain dari yang lain supaya boleh meraih perhatian umum.
Satu jenama tempatan Eddy Mohaiz mempromosikan seluar batik jenamanya dengan menampilkan dua lelaki kekar tidak berbaju dan bayi sebagai props sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Tak sesuai syariat Islam
Netizen yang tidak senang dengan promosi itu mengecam tindakan berkenaan dan berpendapat iklan itu tidak sesuai dengan syariat Islam dan seperti mempromosikan hubungan sejenis walaupun tidak dinyatakan secara langsung di dalam gambar.
Gay mesti direjam
Tambah menggusarkan, ada netizen yang meninggalkan komen supaya golongan gay mestilah direjam dan dihapuskan. Tambahnya amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender adalah menjijikkan dan kerajaan patut tahu mengenai hal ini.
Cuba faham konsep dan idea ‘I Love Daddy’
Tidak hanya mengunci mulut setelah dikecam, Eddy mengatakan apa yang disampaikannya adalah konsep dan idea yang perlu difahami oleh umum. Orang seni sepertinya tidak pernah berhenti berfikir untuk menghasilkan karya seni, katanya.
Tak ada dosa pun
Walaupun dikecam, masih ada netizen yang berpendapat gambar itu tidak ada salahnya pun kerana semuanya bergantung kepada persepsi seseorang itu terhadap apa-apa isu. Tambahnya, trend mengecam ini seperti menghukum seseorang seolah menjadi tuhan di media sosial.
Sumber. Eddy Mohaizz
Via: Oh Bulan
Sumber “Dia ada dua ayah takde ibu ke? Macam gay family je” – Iklan seluar abang sado topless dukung bayi dikecam seolah mempromosi gay