Judul : Naik kerusi roda, netizen tuduh Siti Nurhaliza manja
link : Naik kerusi roda, netizen tuduh Siti Nurhaliza manja
Naik kerusi roda, netizen tuduh Siti Nurhaliza manja
SEJAK pemberitahuan mengenai berita kehamilan penyanyi nombor satu Malaysia, makin banyak rezeki yang mencurah-curah kepada Datuk Siti Nurhaliza ni.
Usia kandungan yang sudah hampir capai usia lima bulan membuatkan Siti menjadi extra manja dengan suaminya sendiri, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Sekitar dua hari yang lalu, Siti ada memuat naik satu video memaparkan dia sedang menaiki kerusi roda di sebuah pusat beli belah.
Disebabkan itu merupakan kehamilannya yang pertama, Siti kini cepat berasa penat. Jadi dia mengambil keputusan untuk menaiki kerusi roda sambil ditolak oleh suaminya.
Inilah masanya untuk Siti bermanja dengan suami tercinta kan. Yelah, 11 tahun penantian untuk dapatkan zuriat tu bukanlah tempoh masa yang singkat.
“Tak larat nak jalan…,” kata Siti sambil tergelak.
Di ruangan caption, Siti menulis bahawa Datuk K seakan-akan membawa kerusi roda itu seperti memandu kereta Ferrari! Woo… Mesti laju kan Datuk K tolak tu.
Dalam ramai netizen yang memuji sikap manja Siti tu, masih ada juga mulut joyah yang tak sayangkan mulut. Bukan main, orang tu naik kerusi roda pun nak kecam juga?
Apa lah salahnya nak bermanja dengan suami sendiri kan? Siti sendiri mesti tahu macam mana nak jaga kesihatan dan kandungannya.
Takkan nak duduk dalam rumah je. Sekali sekala mesti teringin nak jalan-jalan dekat shopping mall dengan suami.
Kita doa yang baik-baik je okay untuk kedua-dua bakal ibu dan ayah ni. Ramai dah tak sabar nak tunggu ‘Siti Junior’ lahir.
Semoga segala urusan Siti dan keluarga akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Yang penting, kita ni kena jaga kain sendiri. Jangan sibuk nak selak kain orang lain je ya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Naik kerusi roda, netizen tuduh Siti Nurhaliza manja