Kepakaran Interpol dalam 'Operasi Maharlika' kekang pengganas asing

Kepakaran Interpol dalam 'Operasi Maharlika' kekang pengganas asing - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Kepakaran Interpol dalam 'Operasi Maharlika' kekang pengganas asing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kepakaran Interpol dalam 'Operasi Maharlika' kekang pengganas asing
link : Kepakaran Interpol dalam 'Operasi Maharlika' kekang pengganas asing

Baca juga


Kepakaran Interpol dalam 'Operasi Maharlika' kekang pengganas asing

SANDAKAN: Kepakaran Polis Antarabangsa (Interpol) digunakan dalam pelaksanaan operasi bersama Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina bagi mengekang kemasukan Pejuang Pengganas Asing (FTF).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata operasi dikenali Operasi Maharlika Interpol itu dijalankan selama dua minggu bermula esok dan dilaksanakan oleh pasukan penguat kuasa di negara masing-masing

"Operasi itu mendapat bantuan daripada Interpol dari segi penggunaan latihan sistem data dan perkakasan sesuai serta bagi mengekang pergerakan FTF khususnya dalam kawasan empat negara terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Operasi Maharlika Interpol di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Operasi Sokongan dan Analisis Sekretariat Am Interpol Harald Arm, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Ahmad Najmuddin Mohd dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Hazani Ghazali.

"Sokongan sistem data Interpol membolehkan pasukan penguat kuasa di empat negara itu menyemak rekod jenayah individu yang diperiksa dalam operasi tersebut.

"Maklumat yang diperolehi daripada operasi itu akan dikumpulkan. Saya percaya dengan tindakan permulaan dan sokongan Interpol ini, dapat membantu Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina untuk menjalankan operasi lebih berkesan bagi mengekang pergerakan FTF," katanya.

Zulkifli berkata pelaksanaan operasi bersama itu penting bagi menunjukkan kepada FTF yang empat negara dalam ASEAN ini bersatu hati dalam memerangi aktiviti jenayah mereka.

Beliau berkata ini adalah pertama kali Interpol terlibat dalam operasi bersama membabitkan empat negara dalam menangani FTF.

Menurutnya sokongan daripada pihak Interpol dan tumpuan mereka terhadap rantau ini amat penting.

Katanya di negara ini, kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) menjadi tumpuan pelaksanaan operasi itu membabitkan polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pasukan penguatkuasaan dan keselamatan di bawah Esscom.

-- BERNAMA



Sumber Kepakaran Interpol dalam 'Operasi Maharlika' kekang pengganas asing


Demikianlah Artikel Kepakaran Interpol dalam 'Operasi Maharlika' kekang pengganas asing

Sekianlah artikel Kepakaran Interpol dalam 'Operasi Maharlika' kekang pengganas asing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: