Judul : Curi idea novel cinta, lelaki bunuh suami kekasih
link : Curi idea novel cinta, lelaki bunuh suami kekasih
Curi idea novel cinta, lelaki bunuh suami kekasih
ROMPIN, 30 Okt ― Lelaki Kedah mendakwa sebuah novel cinta memberi ilham kepadanya untuk membunuh suami kekasihnya yang berasal dari Aceh.
“Suspek mengakui kisahnya sama dengan novel cinta berkenaan. Ketika ditahan novel ada dibawa bersamanya,” kata ketua polis Rompin DSP Azli Mohd Noor.
Walau Berita Harian tidak menyebut nama novel, foto sidang media polis di akhbar itu menunjukkan karya berkenaan, kini diadaptasi sebagai drama TV.
Siri terakhir drama 28 episod itu ditayangkan 7 malam hari ini.
Suspek, seorang pembantu kedai makan, menembak suami kekasihnya, juga dari Indonesia, di Fela Keratong 2, Muadzam Shah pada 24 Oktober lalu.
“Mangsa meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan kira-kira jam 12 tengah hari keesokan harinya akibat cedera parah di kepala,” kata Azli.
Jalan cerita dalam novel itu dilaporkan boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.
Polis mendapati lelaki 29 tahun itu menjalin hubungan sulit sejak empat bulan lalu. Suspek marah apabila menyedari mangsa cuba memujuk isterinya pulang ke Acheh.
Senapang patah dan peluru yang digunakan dalam kejadian 12 tengah malam itu ditemui disorok di ladang Sungai Guan, Kota Bahagia, Muadzam Shah dekat sini.
Suspek ditahan di hentian rehat Tanjung Malim, Perak jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu ketika mahu melarikan diri ke kampungnya di Bedong, Kedah.
Kes itu disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau kesalahan membunuh.
Sumber Curi idea novel cinta, lelaki bunuh suami kekasih