KPKT sedia khidmat tuntutan sivil kepada mangsa penipuan rumah

KPKT sedia khidmat tuntutan sivil kepada mangsa penipuan rumah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang KPKT sedia khidmat tuntutan sivil kepada mangsa penipuan rumah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPKT sedia khidmat tuntutan sivil kepada mangsa penipuan rumah
link : KPKT sedia khidmat tuntutan sivil kepada mangsa penipuan rumah

Baca juga


KPKT sedia khidmat tuntutan sivil kepada mangsa penipuan rumah

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan pelbagai medium bantuan kepada mangsa penipuan penjualan rumah termasuk khidmat tuntutan sivil.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, setakat ini kira-kira 300 mangsa penipuan pembelian rumah sudah membuat aduan kepada KPKT.

"Kementerian berusaha membantu dari segi tuntutan sivil untuk mendapatkan balik semula wang mereka daripada pemaju yang menipu.

"Bagi mereka yang tinggal dalam kawasan bandar, pihak kementerian akan memberi kelulusan khas kepada mereka untuk membeli rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Kedua, bagi yang miliki tanah, kementerian akan membuat tawaran supaya diberi kelulusan khas pinjaman perumahan. KPKT akan beri RM60,000 untuk mereka membina rumah,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Che Rosli Che Mat (Pas-Hulu Langat) yang bertanya apakah tindakan KPKT dalam menangani masalah penipuan pembeli rumah terutama melibatkan mangsa terdiri daripada pesara kerajaan dan warga emas.

Selain memberikan bantuan tuntutan sivil Noh berkata, kementerian juga membantu mangsa penipuan dengan dua bantuan lain bagi memastikan mereka memiliki rumah.

Jelasnya, menerusi bantuan tersebut ia diharapkan dapat meringankan beban mangsa penipuan sementara menunggu pulangan semula wang mereka.

"Malah, laporan polis juga dibuat ke atas pemaju yang terlibat di bawah Kanun Keseksaan Jenayah dan pengubahan wang haram selain menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan penipuan rumah mampu milik yang dijalankan oleh beberapa syarikat di bawah skim perumahan tidak sah.



Sumber KPKT sedia khidmat tuntutan sivil kepada mangsa penipuan rumah


Demikianlah Artikel KPKT sedia khidmat tuntutan sivil kepada mangsa penipuan rumah

Sekianlah artikel KPKT sedia khidmat tuntutan sivil kepada mangsa penipuan rumah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: