Judul : Gadis Tak Kisah Dilabel Perigi Cari Timba
link : Gadis Tak Kisah Dilabel Perigi Cari Timba
Gadis Tak Kisah Dilabel Perigi Cari Timba
Di zaman serba maju dan moden ini, ramai yang berusaha untuk mencari jodoh terbaik bila mereka sudah bersedia untuk berumahtangga.
Kini semakin ramai golongan wanita berani untuk memulakan langkah memikat hati lelaki yang mereka minati. Ada yang berjaya menemui pasangan hidup dan ada yang masih berusaha hingga sekarang.
BACA: Gadis Korea Suri Hati Tony Fernandes
Seorang gadis dikenali sebagai @artikaazmi berkongsi kisah percintaan dirinya di laman sosial Twitter sempena hari pertunangannya pada 21 Oktober lepas.
Kisah percintaannya menjadi tular di laman sosial kerana dia mengakui bahawa dia yang memulakan langkah untuk mengenali tunangnya dahulu.
Pada mulanya, agak sukar untuk dia mengenal hati budi lelaki tersebut kerana tidak dilayan. Selepas beberapa kali mencuba, dia akhirnya mengalah.
Tetapi, lelaki itu datang kembali dalam hidupnya dan mereka menjadi rapat hingga menjadi pasangan bercinta.
Selepas itu, mereka melangkah setapak ke hadapan dalam perhubungan apabila mengikat tali pertunangan pada 21 Oktober lalu.
“So girls, kalau you suka someone usaha lah. Kalau you kene reject buat tak tahu jelah. Yang penting you tak menyesal sampai tua,” pesan gadis yang mesra dipanggil Aimi itu.
Kepada yang malu untuk meluahkan perasaan kepada orang yang mereka minati, anda boleh cuba cara seperti Aimi. Tidak kisah siapa yang mulakan dahulu kerana apa yang penting adalah pengakhiran yang bahagia.
ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital
Duduk Di Hutan Sebab Tak Tahan Isteri Bebel
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram