'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang

'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang 'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang
link : 'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang

Baca juga


'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang

PUCHONG: Kedua-dua ibu bapa dua pelajar tingkatan satu yang lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang ketika pulang ke rumah mereka di Taman Yarl Puchong semalam melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan tragedi yang menimpa keluarga mereka.

Kata Siti Khazlinawatey Abdul Razak, ibu kepada Mohd Shafiq Akmal Amran berusia 13 tahun, dia buntu bagaimana anaknya boleh hilang dihanyutkan arus deras.

Siti Khazlinawatey berkata, dia dimaklumkan pihak sekolah berhubung kejadian menimpa anak keduanya itu.

“Dalam pukul empat lebih cikgu datang ke rumah beri tahu yang Syafiq ini kata sudah dihanyutkan arus deras. Dia ikut laluan jalan pintas balik sekolah. Tiga orang waktu tu, yang seorang tu selamat yang lagi dua anak saya dengan anak kawan saya. Yang itu pun tak jumpa lagi sampai sekarang,” katanya sewaktu ditemui Astro AWANI di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 3 petang semalam, mangsa dan rakannya, Rafiuddin Fakhrullah dihanyutkan arus deras sejurus terjatuh ketika menyeberangi longkang menggunakan jambatan di belakang sebuah sekolah menengah di Taman Yarl, Puchong.

Bagaimanapun, seorang lagi rakan mangsa, Aidil Azhar Sham Saffiri berjaya menyelamatkan diri sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak sekolah.

Susulan kejadian, pihak sekolah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi bantuan mencari dan menyelamat dua mangsa yang hilang itu.


Sementara itu, bapa kepada salah seorang lagi mangsa, Mohd Ridzuan Zanal Abidin berkata anaknya Rafiuddin Fakhrullah Mohd Ridzuan sememangnya amat rapat dengannya dan taat kepada orang tua.

Rafiuddin Fakrullah juga sering menunaikan solat berjemaah di masjid bersamanya.

“Saya memang selalu ingat dia 24 jam. Dia memang anak yang baik dan selalu pergi surau masjid dengan saya selalu ikut kuliyyah ilmu dengan saya dan dia dibesarkan di Surau An Nur daripada usia dia satu tahun hinggalah usia dia 13 tahun dia banyak habiskan waktu di surau dan di masjid,” katanya.

Sementara itu Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, susulan kejadian, pihaknya membuka pusat operasi berdekatan lombong PPR Kampung Muhibah, di sini, bagi proses mencari dan menyelamat dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam, APM Kuala Lumpur.

Proses mencari dan menyelamat dua mangsa terbabit dilakukan bermula dari lokasi kejadian sehingga ke lombong berkenaan.



Sumber 'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang


Demikianlah Artikel 'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang

Sekianlah artikel 'Saya buntu bagaimana anak saya boleh dihanyutkan' - Ibu pelajar jatuh longkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: