Judul : Anak Harris Baba melecur terkena penutup lampu tiba-tiba jatuh dari syiling sebuah butik terkemuka
link : Anak Harris Baba melecur terkena penutup lampu tiba-tiba jatuh dari syiling sebuah butik terkemuka
Anak Harris Baba melecur terkena penutup lampu tiba-tiba jatuh dari syiling sebuah butik terkemuka
PENYANYI dan pelakon Harris Baba, 25, terkilan apabila anaknya Aleena Ziya cedera di sebuah butik terkemuka di ibu kota semalam akibat terkena penutup lampu yang tiba-tiba jatuh dari siling.
Insiden itu menyebabkan dagu dan tangan anaknya yang berusia lapan bulan itu melecur.
Anak jati Singapura itu bagaimanapun bersyukur penutup lampu berkenaan tidak terkena pada mata Aleena.
“Ketika kejadian, saya dan isteri sedang melihat kasut manakala Aleena pula berada dalam kereta sorong bayi. Tiba-tiba penutup lampu besi itu jatuh dan menimpa Aleena.
“Kulit Aleena melecur kerana objek itu sangat panas. Kami bergegas membawanya ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan. Menurut pakar, Aleena melecur tahap dua dan kecederaan itu agak serius.
“Nasib baik tidak terkena bahagian mata kerana ia boleh menyebabkan anak saya buta,” katanya.
Harris kemudian membuat laporan polis dan melantik peguam mengendalikan kes itu meskipun pihak pengurusan butik terbabit mahu membiayai bayaran perubatan Aleena.
“Saya boleh bayar sendiri kos perubatan. Saya cuma mahu perkara yang membabitkan keselamatan pelanggan dipandang serius pengurusan butik terkenal itu.
“Sepatutnya mereka menitikberatkan aspek keselamatan dan penyelanggaraan di premis itu. Bagaimana kalau ia berlaku kepada orang lain dan menyebabkan kemalangan lebih teruk?
“Pengurus di butik itu ada menjelaskan kontraktor penyelenggaraan akan datang setiap minggu. Saya tidak pasti pihak mana yang salah tapi insiden ini harus dijadikan pengajaran,” katanya.
Sumber: Metro
Sumber Anak Harris Baba melecur terkena penutup lampu tiba-tiba jatuh dari syiling sebuah butik terkemuka