Judul : Isteri ambil pingat pegawai bomba maut dipatuk ular
link : Isteri ambil pingat pegawai bomba maut dipatuk ular
Isteri ambil pingat pegawai bomba maut dipatuk ular
KUANTAN, 2 April — Isteri kepada pegawai bomba yang maut dipatuk ular tedung selar bulan lalu pernah “berulang kali” menyuruh suaminya berhenti bermain ular.
Namun Aziena Farhana Mohd, 31, hanya diminta bersabar oleh Abu Zarin Hussin, 33, yang dilapor koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia, lapor Sinar Harian.
“Namun begitu, saya tetap bersabar memandangkan arwah ada bercadang berpindah ke Terengganu dan tinggal bersama,” luahnya di Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang.
“Malah turut berjanji ketika itu hanya memantau sahaja anggota terlibat,” katanya, selepas menerima pingat kebesaran dan anugerah perkhidmatan cemerlang hari ini.
Aziena turut memberitahu bahawa suaminya, yang dipatuk reptilia berbisa itu pada 12 Mac, suka kepada binatang termasuk membela tupai dan musang.
Abu Zarin bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh kira-kira jam 12.55 tengah malam.
Pegawai bomba itu hari ini dinaikkan pangkat sebagai ‘Pegawai Bomba Kanan II’ susulan jasa dan dedikasinya sepanjang berkhidmat di jabatan tersebut.
Wanita itu juga menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada kerajaan negeri.
Sumber Isteri ambil pingat pegawai bomba maut dipatuk ular