Mohd Shafie pertahan Parlimen Semporna, lawan sepupu di DUN Senallang

Mohd Shafie pertahan Parlimen Semporna, lawan sepupu di DUN Senallang - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Mohd Shafie pertahan Parlimen Semporna, lawan sepupu di DUN Senallang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohd Shafie pertahan Parlimen Semporna, lawan sepupu di DUN Senallang
link : Mohd Shafie pertahan Parlimen Semporna, lawan sepupu di DUN Senallang

Baca juga


Mohd Shafie pertahan Parlimen Semporna, lawan sepupu di DUN Senallang

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan bertanding di dua kerusi Parlimen Semporna dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ini menunjukkan Mohd Shafie yang merupakan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) akan melawan sepupunya, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran bagi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Senallang.

Mohd Shafie yang juga penyandang kerusi Parlimen Semporna akan dicabar oleh calon BN iaitu Ketua Penerangan UMNO Semporna, Datuk Ramlee Marahaban.

Bagaimanapun, Mohd Shafie yakin mampu mengekalkan kerusinya untuk beliau kekal mentadbir dan membangunkan kawasan tersebut.


Manakala, bagi DUN Sungai Sibuga, Warisan menurunkan Asmara Abdul Rahman bagi berdepan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri, Tan Sri Musa Aman yang kekal mempertahankan kerusi DUN itu.

Warisan turut mempertaruhkan bekas peserta Unduk Ngadau dan juga calon muda, Jo Anna Henley Rampas yang akan bertanding di kerusi DUN Kiulu menentang calon BN, Datuk Joniston Bangkuai yang merupakan bekas wartawan.

Sementara itu, Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman mempertahunkan nasibnya bagi merebut kerusi Parlimen Sepanggar menentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Sementara itu, Mohd Shafie turut mengumumkan 16 calon Parlimen manakala satu calon Wilayah Persekutuan Labuan dan 45 calon DUN.

Dalam majlis yang sama, Mohd Shafie turut mengumumkan Manifesto Warisan bertemakan 'Aku Janji Warisan' ditunjangi 13 teras dan empat komponen yang beriltizam menjadi sebuah kerajaan yang berintegriti.

Jelasnya, beliau berharap agar manifesto Warisan pada pilihan raya umum ini akan menjadi tonggak utama pengundi dalam memilih parti yang mampu membela nasib rakyat di negeri ini.

"Melalui 13 teras utama dan empat komponen ini, kita berharap parti kita menjadi pertimbangan rakyat semasa hari mengundi dan memilih parti serta calon-calon yang meyakinkan mereka sebagai kerajaan baharu di Sabah.

"Sehubungan itu, kita telah bersedia untuk menjadi sebuah kerajaan pemerintah yang berdedikasi dan berkhidmat membela rakyat selain terus menawarkan sebuah kerajaan yang cekap serta berkesan," katanya.



Sumber Mohd Shafie pertahan Parlimen Semporna, lawan sepupu di DUN Senallang


Demikianlah Artikel Mohd Shafie pertahan Parlimen Semporna, lawan sepupu di DUN Senallang

Sekianlah artikel Mohd Shafie pertahan Parlimen Semporna, lawan sepupu di DUN Senallang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: