Judul : Ezam bantu kempen Azmin, enggan kembali ke PKR
link : Ezam bantu kempen Azmin, enggan kembali ke PKR
Ezam bantu kempen Azmin, enggan kembali ke PKR
GOMBAK, 28 April — Datuk Mohd Ezam Mohd Noor mahu membantu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempertahankan kerusi parlimen Gombak dan negeri Bukit Antarabangsa.
Bekas ketua pemuda PKR itu berikrar untuk memastikan kemenangan bekas rakan seperjuangannya sebelum ini tetapi tegas enggan kembali menyertai kepada PKR.
"Saya tiada rencana kembali ke parti," katanya kepada pemberita di luar dewan penamaan calon di SMK Sungai Pusu di sini.
Berbaju putih pagi tadi, Ezam dilihat mengiringi Azmin dan tiga calon PKR bersama penyokong menuju ke pusat penamaan calon.
Menyifatkan negara dalam bahaya, bekas senator itu menyokong mana-mana pihak yang menentang pentadbiran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Saya akan bersama pertahankan beliau (Azmin) sebab sebagai anak Selangor, menteri besar saya dah menunjukkan prestasi baik dan bersih dari skandal.
"Saya akan bekerja hingga hari mengundi untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan dan Azmin untuk diangkat menjadi menteri besar," katanya.
Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga yakin Azmin dan tiga calon PKR lain dapat mempertahankan kerusi di Gombak.
"Saya hanya ingin jadi rakyat yang bertanggungawab menyokong pemimpin yang baik dan menukar pemimpin yang jahat.
"Dengan pengalaman yang saya ada, saya boleh mengajak, memahamkan dan meyakinkan rakyat lain untuk menjadi rakyat yang bertanggungjawab," katanya.
Keluar Umno pada 1998, Ezam, 51, menyertai Parti Keadilan Nasional pada era reformasi sebelum parti itu bertukar nama kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) .
Pernah mendakwa memiliki enam kotak berisi dokumen sulit kerajaan, Ezam kemudian keluar PKR pada 2007 dan menyertai Umno semula pada 2008.
Beliau dilantik sebagai pengarah komunikasi di Kementerian Kewangan pada 2014 sebelum meletakkan jawatan pada 2016.
Ezam menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi keluar dan menubuhkan Parti Bebas Rasuah (PBR) sebelum meninggalkan parti tersebut.
Sumber Ezam bantu kempen Azmin, enggan kembali ke PKR