Pengundi mahu Syamsul Debat pulang jika berjaya tawan Sikamat

Pengundi mahu Syamsul Debat pulang jika berjaya tawan Sikamat - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Pengundi mahu Syamsul Debat pulang jika berjaya tawan Sikamat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengundi mahu Syamsul Debat pulang jika berjaya tawan Sikamat
link : Pengundi mahu Syamsul Debat pulang jika berjaya tawan Sikamat

Baca juga


Pengundi mahu Syamsul Debat pulang jika berjaya tawan Sikamat

Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) menyampaikan watikah pelantikan Syamsul Amri Ismail, 41, untuk kerusi Sikamat di Negeri Sembilan 23 April 2018. — Foto BernamaPengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) menyampaikan watikah pelantikan Syamsul Amri Ismail, 41, untuk kerusi Sikamat di Negeri Sembilan 23 April 2018. — Foto BernamaSEREMBAN, 30 April — “Setakat tiga hari berkempen ini, penerimaan masyarakat berbilang kaum terhadap saya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat amat baik sekali,” kata penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih popular dipanggil Syamsul Debat yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di DUN Sikamat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata walaupun beliau merupakan antara calon baharu, namun majoriti masyarakat mengenalinya dan ini adalah satu kelebihan buatnya dalam berkempen di kawasan Sikamat.

“Saya harap momentum ini dapat diteruskan sehingga hari pengundian pada 9 Mei ini.

“Semasa berkempen dari rumah ke rumah, saya dapati saya tidak payah memperkenalkan diri sebab mereka sudah tahu siapa saya. Jadi saya terus kepada maksud saya apa yang mereka hendak.

“Jika saya menang nanti, mereka minta benda mudah sahaja iaitu mereka cuma minta jangan biarkan mereka, carilah mereka di sini (Sikamat).

“Maknanya, mereka mahu seorang wakil rakyat yang selalu turun padang dan mesra dengan mereka.

“Keinginan penduduk di sini untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) amat tinggi dan ini memberi keyakinan buat saya untuk menawan kerusi DUN Sikamat yang telah dua penggal dikuasai PKR sejak 2008,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau ditemui pada majlis penyampaian bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Balai Raya Taman Jujur, Sikamat di sini.

Mengulas lanjut, Syamsul, 41, yang juga pakar motivasi berkata walaupun kehendak dan keperluan masyarakat di satu-satu kawasan itu berbeza-beza, namun ia perlu disediakan.

Katanya di Sikamat contohnya, beberapa kemudahan awam seperti sekolah, masjid, dewan, klinik kesihatan dan balai polis memang sudah ada, cuma perlu ditambah baik seperti mewujudkan sebuah mini UTC.

“Daripada kajian saya, saya mendapati kekalahan BN di beberapa kawasan pada pilihan raya sebelum ini, adalah bukan kerana kita tidak boleh menyampaikan, tetapi kita gagal menjawab.

“Maknanya, kita gagal menjawab apa kehendak masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya beliau mengelak untuk berasa yakin meskipun penerimaan rakyat terhadapnya amat baik.

“Penerimaan masyarakat baik, tapi saya tak tahu hati mereka, jadi saya berserah kepada Allah. Setakat ini semuanya baik...insya-Allah.

“Semuanya saya serah kepada Allah sebab saya tak boleh baca hati orang...saya berserah kepada Allah,” katanya.

Pada PRU14 ini, Syamsul akan ditentang oleh penyandang Aminuddin Harun daripada PKR, Rahim Yusof (PAS) dan calon Bebas, Bujang Abu. — Bernama



Sumber Pengundi mahu Syamsul Debat pulang jika berjaya tawan Sikamat


Demikianlah Artikel Pengundi mahu Syamsul Debat pulang jika berjaya tawan Sikamat

Sekianlah artikel Pengundi mahu Syamsul Debat pulang jika berjaya tawan Sikamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: