Judul : Tsitsipas kagum dengan Nadal - Dia tidak beri saya ruang untuk bernafas
link : Tsitsipas kagum dengan Nadal - Dia tidak beri saya ruang untuk bernafas
Tsitsipas kagum dengan Nadal - Dia tidak beri saya ruang untuk bernafas
STEFANOS Tsitsipas menganggap Rafael Nadal tidak memberinya sebarang ruang untuk bernafas selepas gagal menyekat pemain nombor satu dunia itu menghasilkan satu lagi aksi hebat untuk memenangi gelaran Terbuka Barcelona buat ke-11, malam tadi.Tsitsipas melakar kejutan apabila mara ke final pertamanya dalam saingan Jelajah Dunia ATP di Catalonia, tetapi mudah ditundukkan Nadal 6-2, 6-1.
Nadal tidak memperlihatkan sebarang belas kasihan kepada pemain remaja Greece itu bagi meneruskan kemenangan luar biasanya di atas gelanggang tanah liat kepada 19 perlawanan dan 46 set berturut-turut.
Tsitsipas sedar lawan yang bakal dihadapinya merupakan juara 16 kali gelaran Grand Slam dan mendedahkan, cabaran sebenar lebih menakutkan daripada yang disangkakan.
"Saya tahu peluang untuk menang adalah kecil tetapi keyakinan saya semakin meningkat dalam setiap pertandingan walaupun saya mengharapkan aksi lebih lebih baik pada hari ini, tahniah kepada Rafa," kata Tsitsipas."Ini merupakan pengalaman pertama dan lebih sukar daripada yang saya fikir. Saya telah menontonnya berjuta-juta kali di kaca televisyen namun lebih sukar untuk menghadapinya dalam realiti.
"Anda perlu bersabar dan melakukan segala-galanya dengan betul tetapi saya terburu-buru dan fikiran saya berserabut. Saya cuba bermain di garisan belakang tetapi ia tindakan yang silap, saya tidak mempunyai pilihan lagi. Saya langsung tidak diberi ruang untuk bernafas. Ia adalah sesuatu yang perlu dipelajari dan saya berharap dapat melakukan yang lebih baik ketika bertemunya pada masa akan datang."
Nadal, yang meraih kejuaraan ke-11 Monte Carlo minggu lalu berikrar untuk meneruskannya dalam kejohanan berbeza.
"Saya sangat gembira kerana meraih kemenangan ke atas lawan yang sangat sukar," katanya. "Tsitsipas memiliki masa depan yang luar biasa. Bagi saya, perlawanan akhir dan kejuaraan ke-11 di sini cukup bermakna. Saya menikmati permainan sepanjang minggu ini serta mendapat sokongan yang hebat dari orang ramai.
"Sangat sukar untuk menerangkan bagaimana memenangi 11 gelaran dalam sesuatu kejohanan. Untuk memenangi 11 trofi Monte-Carlos dan 11 gelaran Barcelona bukanlah sesuatu yang saya bayangkan.
"Saya hanya menikmati setiap minggu dan hakikatnya, peluang beraksi dalam kejohanan kegemaran memberi makna besar kepada saya."
Sumber Tsitsipas kagum dengan Nadal - Dia tidak beri saya ruang untuk bernafas