Setiap hari dengan orang Kelantan, mustahil anti, kata calon BN

Setiap hari dengan orang Kelantan, mustahil anti, kata calon BN - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Setiap hari dengan orang Kelantan, mustahil anti, kata calon BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Setiap hari dengan orang Kelantan, mustahil anti, kata calon BN
link : Setiap hari dengan orang Kelantan, mustahil anti, kata calon BN

Baca juga


Setiap hari dengan orang Kelantan, mustahil anti, kata calon BN

Calon BN Temerloh dan DUN Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menafikan beliau pemimpin anti Kelantan. — Foto BernamaCalon BN Temerloh dan DUN Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menafikan beliau pemimpin anti Kelantan. — Foto BernamaTEMERLOH, 27 April — Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menyifatkan pihak yang mentohmahnya antianak Kelantan sebagai kekeringan modal kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Temerloh dan DUN Lanchang itu berkata tomahan kononnya beliau tidak memberikan bantuan kepada anak Kelantan di daerah itu yang ditularkan di media sosial sejak semalam adalah tidak berasas sama sekali.

“Menantu saya orang Kelantan, pemandu saya orang Kelantan malah pegawai khas saya berasal dari Kelantan… setiap hari saya dikelilingi orang Kelantan macam mana mereka cakap saya anti orang Kelantan.

“Pembangkang boleh menyemak berapa ramai anak Kelantan yang berhijrah ke daerah ini dan diberikan hak sama rata termasuk memiliki tanah kurniaan kerajaan negeri.

“Tidak kira mereka daripada Kelantan atau negeri lain, asalkan mereka menetap di negeri ini lebih 10 tahun mereka layak mendapat layanan yang sama,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Tohmahan itu yang disebarkan menerusi satu akaun Facebook menggesa pengundi anak Kelantan supaya tidak mengundi Mohd Sharkar kerana didakwa antianak Kelantan.

Mohd Sharkar berkata beliau sudah mengarahkan jentera parti untuk menjawab tohmahan tersebut supaya pengundi tidak terpengaruh dengan dakwaan itu.

“Jika perkara seperti ini berlaku lagi, kita tidak teragak untuk membuat laporan polis kerana sekarang kita sudah ada Akta Antiberita Tidak Benar,” katanya.

Pada PRU14 ini selain mempertahankan kawasan DUN Lanchang, Mohd Sharkar buat pertama kalinya juga akan bertanding di kawasan Parlimen Temerloh dan dijangka membabitkan persaingan enam penjuru.

Selain calon BN, PAS dan Amanah, tiga individu telah mengumumkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Temerloh sebagai calon Bebas.

Mereka ialah seorang bekas pensyarah bebas Isma Nazom Abdul Hamid, bekas Ketua Pengarang Stesen Televisyen TV3, Mohd Khaidir Ahmad, dan bekas Pegawai Daerah Temerloh Datuk Abu Jamal Nordin. — Bernama



Sumber Setiap hari dengan orang Kelantan, mustahil anti, kata calon BN


Demikianlah Artikel Setiap hari dengan orang Kelantan, mustahil anti, kata calon BN

Sekianlah artikel Setiap hari dengan orang Kelantan, mustahil anti, kata calon BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: