Judul : Allah tahu dosa abang, Azwan Ali enggan hukum
link : Allah tahu dosa abang, Azwan Ali enggan hukum
Allah tahu dosa abang, Azwan Ali enggan hukum
Azwan diumumkan calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 29 April — Selebriti Azwan Ali enggan menjadikan kempen pilihan raya umum (PRU) kali ini sebagai medan menghukum abangnya.
Azwan berkata Tuhan lebih tahu apa yang dilakukan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali maka kempen PRU bukan medan mencela abangnya.
“Saya sudah berjanji pada diri tidak akan mengutuk Azmin Ali sepanjang berkempen nanti.
“Borang saya sudah pun diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jadi saya tidak mahu bercakap perkara buruk mengenai Azmin.
“Allah tahu dosa dia. Takkan saya pula mahu menghukum,” katanya seperti dilaporkan mStar Online.
Bekas pengacara Muzik-Muzik diumumkan calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.
Menggunakan logo gajah, Azwan akan menentang Azmin, calon Barisan Nasional Salwa Yunus, Sharifah Hazlizah Syed Ariffin dari PAS dan Ahmad Kamaruddin dari Parti Rakyat Malaysia.
Sumber Allah tahu dosa abang, Azwan Ali enggan hukum