Sanggup bersara awal, calon Bebas nafi khianat PPBM

Sanggup bersara awal, calon Bebas nafi khianat PPBM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sanggup bersara awal, calon Bebas nafi khianat PPBM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sanggup bersara awal, calon Bebas nafi khianat PPBM
link : Sanggup bersara awal, calon Bebas nafi khianat PPBM

Baca juga


Sanggup bersara awal, calon Bebas nafi khianat PPBM

Naib Ketua PPBM Hang Tuah Jaya Prof Madya Dr Kamarolzaman Mohd Jidi (kanan) selepas menghantar borang pencalonan di kerusi DUN Ayer Molek semalam. — Foto BernamaNaib Ketua PPBM Hang Tuah Jaya Prof Madya Dr Kamarolzaman Mohd Jidi (kanan) selepas menghantar borang pencalonan di kerusi DUN Ayer Molek semalam. — Foto BernamaMELAKA, 29 April — Naib Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Hang Tuah Jaya Prof Madya Dr Kamarolzaman Mohd Jidi hari ini menyangkal dakwaan Presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa dirinya adalah pengkhianat perjuangan PPBM.

Kamarolzaman berkata beliau adalah anggota seumur hidup PPBM, justeru tiada mana-mana pemimpin PPBM termasuk Muhyiddin mempunyai hak autokratik untuk memecat anggota seumur hidup parti sewenang-wenangnya, sebaliknya perkara itu perlu dibawa ke lembaga tatatertib terlebih dahulu.

“Saya setia kepada BERSATU (PPBM), saya setia kepada Tun Dr Mahathir (Mohamad). Saya masuk  parti (PPBM) bukan kerana kekayaan, saya ingin membela rakyat, itu objektif utama saya. Malah saya  sanggup pencen awal (sebagai professor di universiti awam) untuk bersama berjuang dengan PPBM.

“Saya melawan parti PKR yang tamak haloba. Di Ayer Molek apabila sudah kita tebas lalang, halau binatang  buas dan pokok mula berbuah, PKR yang menjadi benah di Hang Tuah Jaya mula mengintai peluang dan akhirnya kerusi itu diberikan kepada mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semalam, Kamarolzaman bertindak untuk bertanding sebagai calon bebas untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek kerana kecewa dengan sikap kepimpinan PPBM Melaka didakwanya tidak mematuhi perjanjian dan amanah.

Pada PRU14 ini Kamarolzaman bakal menghadapi saingan empat penjuru dengan Farhan Ibrahim (PKR), Jantan Abdullah (PAS), dan Rahmad Wariman (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN)  Ayer Molek yang berada dalam Parlimen Hang Tuah Jaya.

Muhyiddin ketika ditanya pemberita tentang tindakan Kamarolzaman, selepas ceramah di Muar, Johor malam tadi, berkata anggota PPBM bertanding sebagai calon bebas  pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan dipecat daripada parti dan mereka sudah mengkhianati perjuangan parti.

Kamarolzaman berkata langkah Pakatan Harapan meletakkan calon PKR di Parlimen Hang Tuah Jaya dan DUN Ayer Molek adalah suatu kesilapan kerana mengikut perkiraan sokongan terhadap parti itu semakin surut. — Bernama



Sumber Sanggup bersara awal, calon Bebas nafi khianat PPBM


Demikianlah Artikel Sanggup bersara awal, calon Bebas nafi khianat PPBM

Sekianlah artikel Sanggup bersara awal, calon Bebas nafi khianat PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: