Judul : Enggan ulas abang, Abduh dakwa ibu restu terus legasi Nik Aziz
link : Enggan ulas abang, Abduh dakwa ibu restu terus legasi Nik Aziz
Enggan ulas abang, Abduh dakwa ibu restu terus legasi Nik Aziz
KOTA BARU, 28 April — Nik Abduh Nik Aziz menganggap kehadiran ibunya sebagai restu kepadanya untuk meneruskan legasi bapanya Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Tuan Sabariah Tuan Ishak mengiringi bekas ketua Pemuda PAS itu pada proses penamaan calon bagi kerusi parlimen Bachok pagi ini, lapor Utusan Online.
"Macam lima tahun lepas, chek [ibu] juga bersama saya dan memberi semangat besar kepada saya untuk meneruskan legasi ayahanda," katanya.
Tuan Sabariah hadir di Markaz PAS Pantai Irama di sini bersama 2,000 penyokong parti itu bagi proses yang memakan masa kira-kira dua jam.
Ditanya mengenai abang sulungnya Nik Omar yang bertanding sebagai calon PKR di DUN Chempaka, Nik Abduh enggan mengulas.
“Saya tidak mahu komen sekarang pasal Nik Omar, saya akan ulas kemudian,” katanya, penyandang kerusi Pasir Mas selama satu penggal pada 2013.
Di Bachok, Nik Abduh bersaing dengan calon PPBM Mohd Zulkifli Zakaria, yang mengguna logo PKR, dan calon Barisan Nasional Datuk Awang Adek Hussin.
Pada 2013, calon PAS Ahmad Marzuk Shaary menang hanya 201 undi, menewaskan Awang Adek, seorang pemimpin lama Umno Kelantan.
Nik Omar dilapor enggan bertanding kerana dilarang ibunya, namun pagi ini beliau menyerahkan borang pencalonan untuk kerusi itu yang pernah diwakili bapanya.
Sumber Enggan ulas abang, Abduh dakwa ibu restu terus legasi Nik Aziz