Judul : Kepedulian Noriah Mahat untuk penduduk DUN Bukit Pasir
link : Kepedulian Noriah Mahat untuk penduduk DUN Bukit Pasir
Kepedulian Noriah Mahat untuk penduduk DUN Bukit Pasir
PAGOH: Nama Datuk Noriah Mahat, 65, mungkin kedengaran asing bagi mereka yang tinggal kawasan bandar tetapi pemimpin wanita ini sebenarnya dikenali dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir.Kemesraan yang terjalin bersama penduduk Bukit Pasir itu jelas kelihatan ketika beliau mengadakan sesi sembang santai bersama penduduk kampung.
Gerak kerjanya mudah, dia melakukan lawatan rumah ke rumah bertanyakan apa masalah penduduk, melawat mereka yang uzur dan membantu mereka yang ditimpa kecelakaan.
Raut wajah dan tutur katanya sangat ikhlas serta jujur mahu mengetahui sekali gus berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit.Malah, para penduduk yang ditemui tidak menunjukkan sebarang tanda 'bermuka-muka' untuk melayan pemimpin wanita itu sebaliknya keakraban cukup kelihatan.
Ujar Noriah, pendekatan sentuhan penuh keibuan dalam kumpulan kecil ini telah dilakukan sejak PRU13 dan disebabkan itu beliau yakin mampu merampas kembali kerusi DUN Bukit Pasir daripada PPBM.
"Program gerak mesra ini hanya boleh dilakukan oleh wanita, walaupun ada pihak yang menidakkan kemampuan wanita tetapi sebenarnya pergerakan wanita inilah yang menjadi tulang belakang kepada banyak aktiviti.
"Saya dengan orang Bukit Pasir ini tidak asing lagi, mereka ini sebahagian besarnya mengenali saya. Saya yakin BN boleh menang di kawasan ini pada 9 Mei nanti," katanya.
Tambahnya, pengundi kini lebih bijak dalam membuat keputusan memilih wakil rakyat terutama daripada parti yang telah banyak berjasa kepada mereka.
Kerusi DUN Bukit Pasir bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Noriah dan calon PAS Najib Lep.
Sumber Kepedulian Noriah Mahat untuk penduduk DUN Bukit Pasir