Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara

Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara
link : Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara

Baca juga


Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara

SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan pemilik kenderaan sewa dipercayai digunakan suspek pembunuhan imam dan pensyarah dari Palestin Dr Fadi Mohammed Al Batsh, selepas kenderaan itu dilaporkan ditinggalkan di Ampang Hilir, dekat sini semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit, namun tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut berikutan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.

Malah, selain motosikal berkuasa besar dan kereta disewa itu, pihaknya sedang mengenalpasti beberapa lagi kenderaan lain yang dipercayai digunakan suspek dalam kes itu.


Polis juga yakin suspek mempunyai banyak identiti dan memasuki negara pada awal Januari lalu menggunakan dokumen palsu. "Jika ada laporan menyatakan kenderaan terlibat jenis Proton Saga, saya tak boleh beritahu kerana ada juga jenis kenderaan lain yang dipercayai digunakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program keagamaan Buddha sempena sambutan Hari Polis ke-211, di Samadhi Vihara, Seksyen U12, di sini hari ini.
Sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang disyaki digunakan suspek kes pembunuhan untuk melarikan diri, dilaporkan ditinggalkan di Taman Tasik Ampang Hilir, Ampang, semalam.

Katanya tindakan suspek yang dipercayai menggunakan identiti serta pasport palsu untuk masuk dan berada di beberapa tempat dalam tempoh tiga bulan di negara ini telah menyukarkan pihak berkuasa mengesan individu terbabit.


Sehubungan itu, kata Mohamad Fuzi, pihaknya bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan pasukan keselamatan dari negara-negara ASEAN untuk membantu mengesan suspek seandainya individu berkenaan melarikan diri ke negara jiran.

Mengenai edaran lakaran wajah dua suspek yang dikaitkan dengan kes pembunuhan itu, beliau berkata setakat ini, tiada maklum balas diterima daripada Interpol dan PDRM terus menjalankan siasatan paling maksimum bagi menyelesaikan kes berkenaan.


Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Sabtu lepas, Allahyarham Dr Fadi, 35, ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak, Kuala Lumpur untuk menunaikan solat subuh.

Polis telah mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang dikaitkan dengan kejadian itu di semua pintu masuk dan keluar negara dalam usaha mengesan mereka.




Sumber Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara


Demikianlah Artikel Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara

Sekianlah artikel Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: