Judul : 'Saya terjaga sebab sesak nafas, tengok api dah marak dan asap penuh bilik' - Alat pengecas tiruan RM5 tiba-tiba terbakar
link : 'Saya terjaga sebab sesak nafas, tengok api dah marak dan asap penuh bilik' - Alat pengecas tiruan RM5 tiba-tiba terbakar
'Saya terjaga sebab sesak nafas, tengok api dah marak dan asap penuh bilik' - Alat pengecas tiruan RM5 tiba-tiba terbakar
Seorang gadis melalui detik cemas apabila alat pengecas tiruan yang dibeli dengan harga RM5.00 tiba-tiba terbakar dan menyebabkan tilamnya terbakar, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi di rumah sewanya di Setapak, bukan sahaja tilamnya terbakar malah Syuhairah Mohd Yusuf, 26, hampir kelemasan kerana bilik tidurnya dipenuhi dengan asap tebal.
Difahamkan, ketika kejadian itu berlaku, penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu sedang tidur dan telefon bimbitnya dibiarkan dalam keadaan dicas dan diletakkan di tepi tilam.
"Apa yang berlaku menjadi pengajaran buat saya kerana ini membabitkan soal nyawa. Selepas ini saya tidak berani lagi untuk menggunakan alat pengecas telefon bimbit tiruan," katanya.
Syuhairah berkata, alat pengecas tiruan itu baru saja dibelinya pada minggu lalu dengan harga RM5.00 dari sebuah kedai yang menjual aksesori telefon di Danau Kota.
Menceritakan semula kejadian itu, Syuhairah berkata, sebelum tidur dia mengecas telefon bimbitnya seperti biasa, namun tidak menyangka kejadian itu akan berlaku. Malah alat pengecas tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda kerosakan sebelum ini.
"Saya terjaga kerana sesak nafas, bila buka mata api sudah marak di sebelah tilam manakala ruang di dalam bilik dipenuhi asap tebal.
"Dalam keadaan panik saya terus ke dapur untuk membasahkan tuala bagi memadamkan kebakaran kerana risau api akan merebak ke bahagian lain.
"Tangan saya melecur akibat terkena bara ketika memadamkan api, namun kecederaan itu tidak serius," katanya.
Syuhairah kemudian segera mengejutkan rakan serumahnya dan memaklumkan kejadian itu serta meminta bantuan untuk mengalihkan tilam itu ke luar rumah kerana bimbang masih ada bara yang belum padam sepenuhnya.
"Ketika itu mulut saya tidak berhenti mengucapkan Alhamdulillah tanda bersyukur kepada Allah SWT, seolah-olah saya diberi peluang kedua untuk meneruskan hidup.
"Sekarang saya sedar mengapa kualiti itu penting terutama jika membabitkan barangan elektrik, biarlah mahal asalkan keselamatan kita sebagai pengguna terjamin.
"Insiden itu menyebabkan saya fobia untuk menggunakan barangan murah atau tidak berkualiti, selain itu orang ramai juga patut ambil tahu mengenai teknik asas memadamkan kebakaran ketika berlaku kecemasan di rumah,” katanya.
Sumber 'Saya terjaga sebab sesak nafas, tengok api dah marak dan asap penuh bilik' - Alat pengecas tiruan RM5 tiba-tiba terbakar
Demikianlah Artikel 'Saya terjaga sebab sesak nafas, tengok api dah marak dan asap penuh bilik' - Alat pengecas tiruan RM5 tiba-tiba terbakar
Sekianlah artikel 'Saya terjaga sebab sesak nafas, tengok api dah marak dan asap penuh bilik' - Alat pengecas tiruan RM5 tiba-tiba terbakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.