Judul : Band Indonesia, Padi dedah tujuh tahun ‘berehat’ kerana ego terlalu tinggi
link : Band Indonesia, Padi dedah tujuh tahun ‘berehat’ kerana ego terlalu tinggi
Band Indonesia, Padi dedah tujuh tahun ‘berehat’ kerana ego terlalu tinggi
Kumpulan terkenal Indonesia, Padi memberitahu punca mereka berehat selama tujuh tahun dalam bidang seni disebabkan ego masing-masing yang dianggap terlalu tinggi.Fadly atau nama sebenarnya Andi Fadly Arifuddin, 43, berkata dia dan ahli kumpulannya menyedari cabaran yang dilalui sepanjang waktu berehat itu membuatkan mereka memerlukan satu sama lain.
“Kami mengakui masing-masing mempunyai ego yang sangat tinggi. Selama tujuh tahun ini macam-macam cabaran datang bertubi-tubi.
“Perjalanan itu membuatkan kami sedar bahawa kami perlu satu sama lain. Ketika itu masing-masing memilih jalan yang jauh.
“Namun disebabkan rindu nak kembali ke rumah (kumpulan) membuatkan kami bersatu semula,” kata Fadly .
Padi ditemui ketika majlis sidang media Padi Reborn Exculusive Live In KL di Hotel Royal, di sini pada Isnin.
Dalam pada itu mereka berkata, dengan kemunculan semula mereka dalam dunia seni ini, Padi menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk kembali ke negara ini untuk membuat persembahan.
“Kami teruja dan tidak sabar menantikan 30 Jun depan. Konsert ini adalah penampiln pertama kali selepas dah lama tak bersama selama tujuh tahun.
“Bagi kami, ia merupakan peluang kedua untuk berkumpul semula membuat persembahan selepas melalui perjalanan yang sukar.
“Tapi Alhamdulillah kami bersyukur dengan peluang ini dan menghargai peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kumpulan Padi,” ujarnya.
Padi akan membuat persembahan selama lebih 90 minit menerusi konser anjuran Qee Communication Sdn Bhd yang akan diadakan di KL Live pada 30 Jun depan.
Tiket-tiket untuk menikmati persembahan hebat di konsert Padi Reborn Live Exclusive In KL sudah dijual dengan harga RM179 untuk biasa dan sesi meet and greet pula RM290 menerusi laman web www.buytickets.com.my.
Sumber Band Indonesia, Padi dedah tujuh tahun ‘berehat’ kerana ego terlalu tinggi