Parlimen Kota Raja: Mat Sabu berdepan calon PAS dan BN

Parlimen Kota Raja: Mat Sabu berdepan calon PAS dan BN - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Parlimen Kota Raja: Mat Sabu berdepan calon PAS dan BN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Parlimen Kota Raja: Mat Sabu berdepan calon PAS dan BN
link : Parlimen Kota Raja: Mat Sabu berdepan calon PAS dan BN

Baca juga


Parlimen Kota Raja: Mat Sabu berdepan calon PAS dan BN

 Mohamad Sabu berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PAS Mohamed Diah Baharun dan V Gunalan dari BN. — Foto oleh Saw Siong FengMohamad Sabu berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PAS Mohamed Diah Baharun dan V Gunalan dari BN. — Foto oleh Saw Siong FengSHAH ALAM, 28 April — Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang buat julung kali bertarung di Selangor berdepan pertandingan tiga penjuru bagi kerusi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bekas pemimpin PAS berusia 64 tahun yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan ditentang calon PAS, Mohamed Diah Baharun dan calon Barisan Nasional (BN), V. Gunalan.

Pegawai pengurus pilihan raya kawasan Parlimen Kota Raja Shukri Mohamad Hamin mengisytiharkan pencalonan ketiga-tiga calon itu di Dewan MBSA Kemuning Utama di sini hari ini.

Pencalonan Mat Sabu sebagai calon atas tiket PKR dicadang oleh Abd Jalil Ishak dan disokong R. Prakash.

Bagi calon BN pula, pencalonan beliau dicadang oleh Rafify Ramlan dan disokong V. Thiagarajen, manakala Buang Ismail dan Mahmud Buang mencadang serta menyokong pencalonan Mohamed Diah.

Ditemui pemberita selepas pengumuman pencalonan bagi kerusi Parlimen itu, Mat Sabu yang pernah memegang jawatan timbalan presiden PAS menaruh keyakinan tinggi terhadap peluang Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi kerusi itu.

"Ini kerana PH adalah parti yang diterima oleh semua kaum dan inilah kekuatan kami (PH)," katanya, tetapi pada masa yang sama tidak memandang rendah cabaran diberikan oleh pesaingnya daripada BN dan PAS.

Sementara itu, DUN Sentosa yang dahulu dikenali Kota Alam Shah, calon BN Datuk Subramaniam T. Retnam akan ditentang calon PKR Gunarajah R. Georgem, calon Dewan Himpunan Penyokong PAS, Rajan Manikesavan, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Telaiamblam Mariappan dan calon Bebas, Sundarajoo Periasamy.

Kawasan DUN Sungai Kandis (Seri Andalas) pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Shuhaimi Shafie daripada PKR dengan calon PRM, Hanafiah Husin, calon BN Datuk Kamaruzzaman Johari dan Mohd Yusof (PAS).

Kawasan DUN Batu Tiga pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang kerusi daripada PKR Rodziah Ismail, calon PAS Abdul Halim Omar dan calon BN Datuk Ahmad Mua'adzam Shah Yaakop. —  Bernama



Sumber Parlimen Kota Raja: Mat Sabu berdepan calon PAS dan BN


Demikianlah Artikel Parlimen Kota Raja: Mat Sabu berdepan calon PAS dan BN

Sekianlah artikel Parlimen Kota Raja: Mat Sabu berdepan calon PAS dan BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: