Bebas: 'Kami sokong Dr Mahathir' walau lawan PPBM di Kuah

Bebas: 'Kami sokong Dr Mahathir' walau lawan PPBM di Kuah - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Bebas: 'Kami sokong Dr Mahathir' walau lawan PPBM di Kuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bebas: 'Kami sokong Dr Mahathir' walau lawan PPBM di Kuah
link : Bebas: 'Kami sokong Dr Mahathir' walau lawan PPBM di Kuah

Baca juga


Bebas: 'Kami sokong Dr Mahathir' walau lawan PPBM di Kuah

Calon-calon kerusi Kuah (dari kiri): Mazlan Ahmad (PAS), Mohd Ratu Mansor (Bebas), Nor Saidi Nanyan (BN), pegawai pengurus pilihan raya Mohd Arop Darus dan Mohd Firdaus Ahmad (PPBM). — Foto-foto oleh Azneal IshakCalon-calon kerusi Kuah (dari kiri): Mazlan Ahmad (PAS), Mohd Ratu Mansor (Bebas), Nor Saidi Nanyan (BN), pegawai pengurus pilihan raya Mohd Arop Darus dan Mohd Firdaus Ahmad (PPBM). — Foto-foto oleh Azneal IshakKUAH, 28 April — Walaupun Mohd Ratu Mansor bertanding Bebas di Kuah, namun kumpulannya berkata sokongan mereka tetap kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak puas hati dengan calonnya, pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bahagian Langkawi itu bertanding menentang Mohd Firdaus Ahmad.

"[Kami tanding] Kuah, mengikut protes kami," kata pencadang kepada Mohd Ratu, Zaflee Pakwanteh kepada ProjekMMO pagi tadi melalui WhatsApp.

"Namun kami tetap sokong Tun untuk parlimen, sebab itu kami pakai baju merah," tambahnya selepas hadir untuk penamaan calon tadi.

Mohd Ratu dan dua penyokongnya yang bersut baju Melayu merah, warna rasmi PPBM, dilihat memasuki Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi pagi tadi.

Dr Mahathir bersama dua lagi calon parti itu, termasuk Johari Bulat, mengenakan sut baju Melayu merah dan bersampin untuk proses pencalonan.

Bertanding kali terakhir pada pilihan raya 1999 di Kubang Pasu, bekas perdana menteri itu membuat kemunculan semula sebagai calon Langkawi.

Penyokong BN Langkawi bersorak dan mengibar bendera di depan pusat penamaan calon di Pekan Kuah, 28 April 2018. ― Foto oleh Azneal IshakPenyokong BN Langkawi bersorak dan mengibar bendera di depan pusat penamaan calon di Pekan Kuah, 28 April 2018. ― Foto oleh Azneal IshakUntuk rekod, Zaflee bertanding sebagai calon Bebas di Kuah pada pilihan raya umum 2013. Beliau hilang deposit apabila mendapat 117 undi sahaja.

Khamis lalu, Mohd Ratu mendesak ketua Pemuda PPBM Langkawi Mohd Firdaus digugurkan dengan pelbagai dakwaan, antaranya kurang komitmen parti.

Beliau mendakwa penyokong parti itu di 11 daripada 14 pusat daerah mengundi tidak mahu Mohd Firdaus bertanding di kerusi negeri itu.

Bagaimanapun dakwaan itu dijawab calon Pakatan Harapan itu bahawa dakwaan terhadapnya dibuat "mereka yang kecewa akibat tidak dicalonkan."

Pada 2013, penyandang kerusi Kuah, Nor Saidi Nanyan, menang dengan majoriti 6,371 undi, menewaskan pencabarnya Datuk Ahmad Kassim (PKR).

Selain Mohd Ratu dan Mohd Firdaus, naib ketua Umno bahagian itu juga dicabar calon PAS, timbalan yang dipertua Langkawi, Mazlan Ahmad.

 Penyokong PAS Langkawi melaungkan slogan dan mengibar bendera di depan pusat penamaan calon di Pekan Kuah, 28 April 2018. ― Foto oleh Azneal IshakPenyokong PAS Langkawi melaungkan slogan dan mengibar bendera di depan pusat penamaan calon di Pekan Kuah, 28 April 2018. ― Foto oleh Azneal IshakSementara itu, calon kerusi Ayer Hangat menyuarakan rasa kecewa terhadap kepemimpinan negara yang didakwanya menyelewengan dalam pentadbiran.

"Saya sudah 15 tahun jadi pengerusi tetap Umno Langkawi. Saya lihat BN tidak serius mentadbir, terlalu banyak penyelewengan," kata Johari Bulat.

"Jadi saya tidak tahan, saya kecewa, kena ubah untuk selamatkan Malaysia, maka selamatlah Langkawi," katanya selepas proses penamaan calon.

Ayer Hangat menyaksikan pertembungan tiga penjuru, termasuk penyandangnya Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, timbalan ketua Umno bahagian.

Menang dengan 5,311 undi, beliau juga dicabar calon PAS Azlina Azinan.

Johari juga optimis boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum 9 Mei depan. "So far so good. Saya yakin dengan kemenangan," katanya.



Sumber Bebas: 'Kami sokong Dr Mahathir' walau lawan PPBM di Kuah


Demikianlah Artikel Bebas: 'Kami sokong Dr Mahathir' walau lawan PPBM di Kuah

Sekianlah artikel Bebas: 'Kami sokong Dr Mahathir' walau lawan PPBM di Kuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: