Judul : ‘Abang Redha Lin Pergi’ – Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Sebak
link : ‘Abang Redha Lin Pergi’ – Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Sebak
‘Abang Redha Lin Pergi’ – Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Sebak
‘Lin tak larat abang, Lin letih. Sakit. Abang redha ye Kalau Lin Pergi.’
Suami mana yang tak pilu dan berlinang air mata sekiranya isteri meminta izin untuk ‘pergi’ bertemu yang maha Esa. Itulah yang berlaku kepada lelaki ini apabila isterinya, yang merupakan seorang pesakit kanser akhirnya kembali bertemu pencipta selepas sekian lama menanggung derita.
Ramai netizen yang sebak dan belinang air mata apabila lelaki ini berkongsikan perbualan WhatsApp terakhir isterinya yang meminta izin untuk ‘pergi’. Lelaki ini redha dan berjanji akan menjaga anak-anak mereka dengan baik. Allahu. Apa la agaknya perasaan dan reaksi si suami ketika mendapat mesej tu ye.
‘Demi anak-anak, semoga aku dan si dia terus kuat’
‘Ya Allah Ya Rabb. Aku dah bersedia dengan apa saja ketentuan dariMu’
‘Hari ini aku akur juga redha’
Hari ini aku akur juga redha. Kasih dan sayangnya Allah itu melebihi akan kasih dan sayangku padamu. Aku syukuri Allah memberiku kesempatan untuk aku berbuat bakti akhirku padamu.
Berehatlah permaisuri hatiku.
Bagi pihak keluarga, terima kasih kami ucapkan pada yang hadir sama mengiringi pengkebumian arwah isteri saya. Saya pohon agar dimaafkan segala salah dan silap arwah sepanjang hayatnya. Jika arwah masih ada hutang yang belum selesai, saya pohon untuk hubungi saya.
Semoga Allah menempatkan arwah bersama-sama hambanya yang beriman.
Al – Fatihah.
Source: Mohd Armin
Sumber ‘Abang Redha Lin Pergi’ – Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Sebak
Demikianlah Artikel ‘Abang Redha Lin Pergi’ – Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Sebak
Sekianlah artikel ‘Abang Redha Lin Pergi’ – Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Sebak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.