Tuntutan palsu RM108.5 juta, GLC disiasat SPRM

Tuntutan palsu RM108.5 juta, GLC disiasat SPRM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Tuntutan palsu RM108.5 juta, GLC disiasat SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tuntutan palsu RM108.5 juta, GLC disiasat SPRM
link : Tuntutan palsu RM108.5 juta, GLC disiasat SPRM

Baca juga


Tuntutan palsu RM108.5 juta, GLC disiasat SPRM

SPRM menerima maklumat mengenai pegawai syarikat GLC bersubahat dengan beberapa kontraktor bagi mengemukakan tuntutan palsu. — Foto oleh Yusof Mat IsaSPRM menerima maklumat mengenai pegawai syarikat GLC bersubahat dengan beberapa kontraktor bagi mengemukakan tuntutan palsu. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 5 Mac — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa melibatkan lebih US$27.8 juta (RM108.5 juta).

Menurut sumber, SPRM menerima maklumat terdapat pegawai syarikat itu disyaki bersubahat dengan beberapa kontraktor bagi mengemukakan tuntutan palsu berkaitan kerja penyelenggaraan kapal-kapal milik GLC berkenaan sedangkan kerja-kerja berkenaaan tidak dilaksanakan sejak 2010 hingga 2013.

“Oleh yang demikian, SPRM telah menyerbu syarikat-syarikat berkaitan di ibu negara dan di Johor pada 28 Feb lepas dan telah merakam keterangan seramai sembilan saksi termasuk empat pegawai kanan syarikat GLC itu serta merampas beberapa dokumen berkaitan,” kata sumber berkenaan.

Sumber berkata antara dakwaan yang disiasat SPRM ialah tuntutan pembayaran kos pembaikan tangki kapal bernilai US$15.8 juta (RM61.6 juta) pada 2012 sedangkan anggaran awal hanyalah US$7.9 juta (RM30.8 juta).

Selain itu, terdapat juga dakwaan mengenai kerja penyelenggaraan kapal yang mengalami kerugian sebanyak US$12 juta (RM46.8 juta) kerana proses pelantikan kontraktor tidak mengikut prosedur perolehan yang ditetapkan.

Sementara itu, timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan siasatan melibatkan GLC berkenaan. — Bernama



Sumber Tuntutan palsu RM108.5 juta, GLC disiasat SPRM


Demikianlah Artikel Tuntutan palsu RM108.5 juta, GLC disiasat SPRM

Sekianlah artikel Tuntutan palsu RM108.5 juta, GLC disiasat SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.