Judul : Tiga bola rasmi Piala Dunia yang mencetus kontroversi
link : Tiga bola rasmi Piala Dunia yang mencetus kontroversi
Tiga bola rasmi Piala Dunia yang mencetus kontroversi
BEBERAPA hari kebelakangan ini, bola rasmi yang akan digunakan pada Piala Dunia mencuri perhatian selepas ia digunakan untuk perlawanan persahabatan sepanjang minggu ini.Minggu lepas, penjaga gol Sepanyol, David De Gea mengkritik kualiti bola Telstar 18 dan mahu pembikinan bola yang lebih baik untuk kejohanan yang akan berlangsung di Rusia nanti.
De Gea menyifatkan pergerakan bola itu amat pelik selepas gagal menampan rembatan jarak jauh Thomas Muller dalam satu perlawanan persahabatan dengan Jerman minggu lepas.
Baca: De Gea selar bola rasmi baharu Piala Dunia
Tonton: Telstar 18, bola rasmi Piala Dunia paling canggih
Kenyataan De Gea turut disokong rakan sepasukannya, Pepe Reina dan Marc-Andre ter Stegen.
Berikut 3 bola yang mencetuskan kontroversi sebelum Piala Dunia bermula:
1. FevernovaIsu bola rasmi yang digunakan pada Piala Dunia bermula apabila pembuat rasmi bola bagi kejohanan itu Adidas, memperkenalkan Fevernova pada Piala Dunia 2002 di Korea/Jepun.
Pada ketika itu, David Beckham yang merupakan duta bagi jenama Adidas menyifatkan bola tersebut adalah yang terbaik pernah dibuat selepas terlibat secara langsung dalam menguji bola tersebut.
Bagaimanapun penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon tidak menyukai bola tersebut dengan menyamakannya dengan bola yang digunakan kanak-kanak kerana ia lebih ringan daripada bola yang digunakan dalam edisi sebelum ini.
2. Teamgeist
Pada 2006, Adidas memperkenalkan Teamgeist untuk Piala Dunia di Jerman yang hanya menggunakan 14 panel berbanding 32 panel yang digunakan sebelum ini.
Seperti Fevernova, kebanyakan penjaga gol menyifatkan pergerakan Teamgeist amat sukar dibaca dan memberi kelebihan kepada penyerang untuk menjaringkan gol dari jarak jauh.
3. Jabulani
Namun bola yang paling tidak digemari penjaga gol dalam Piala Dunia adalah Jabulani, yang digunakan pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Daripada 14 panel, Adidas berjaya mencipta Jabulani dengan hanya menggunakan lapan panel, menjadikannya lebih sukar untuk dibaca apabila bola tersebut dirembat dari jarak jauh.
Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) turut mengambil bahagian dalam menguji bola tersebut dan mendapati bahawa Jabulani memulakan teknik rembatan ‘knuckle ball’ yang lebih pantas.
Teknik tendangan yang menyaksikan bola mengubah arah semasa berada di udara dengan lebih pantas itu boleh berlaku kerana permukaan Jabulani lebih rata berbanding bola sebelum ini, apabila tidak menggunakan sebarang jahitan untuk mencantum bola tersebut.
Pada edisi Piala Dunia 2014 di Brazil, tidak ramai pemain yang mengadu mengenai bola rasmi yang digunakan pada ketika itu, iaitu Brazuca.
Isu penggunaan Brazuca hanya dibangkitkan di peringkat liga termasuk Bundesliga Jerman dan MLS Amerika Syarikat.
Sumber Tiga bola rasmi Piala Dunia yang mencetus kontroversi