SYABAS bantu pengguna terjejas bekalan air

SYABAS bantu pengguna terjejas bekalan air - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang SYABAS bantu pengguna terjejas bekalan air, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SYABAS bantu pengguna terjejas bekalan air
link : SYABAS bantu pengguna terjejas bekalan air

Baca juga


SYABAS bantu pengguna terjejas bekalan air

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) akan mengaktifkan sembilan lokasi Pusat Khidmat Setempat (PKS) berikutan gangguan bekalan air berjadual yang dijangka berlaku di sekitar Lembah Klang bermula, hari ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi SYABAS, Abdul Raof Ahmad, berkata PKS itu akan mula diaktifkan bermula seawal jam 8 pagi ini.

"Pihak kami sudah bersiap sedia dengan aset dan bantuan sebanyak 79 lori tangki air dan 10 lori tangki air Jumbo bagi memberikan bantuan kepada pelanggan terjejas," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, PKS yang beroperasi 24 jam itu juga akan dilengkapi dengan kaunter maklumat untuk membantu pengguna terjejas sepanjang gangguan berkenaan.

Terdahulu, SYABAS dalam satu lagi kenyataan berkata sebanyak 427 kawasan di sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja pembaikan peralatan kritikal selama 10 jam di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), bermula hari ini.

Antara kawasan yang terbabit adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Untuk senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air, orang ramai boleh melayari laman web www.syabas.com.my.

Berikut adalah jangkaan waktu gangguan bekalan air mengikut wilayah:

* Petaling: 8 pagi (6 Mac, Selasa) hingga 9 malam (7 Mac, Rabu)

* Klang/Shah Alam: 8 pagi (Selasa) hingga 9 pagi (9 Mac, Jumaat)

* Gombak: 8 pagi (Selasa) hingga 12 tengah malam (8 Mac, Khamis)

* Kuala Lumpur: 8 pagi (Selasa) hingga 9 malam (8 Mac, Khamis)

* Kuala Langat: 8 pagi (Selasa) hingga 3 petang (7 Mac, Rabu)

* Hulu Selangor: 8 pagi (Selasa) hingga 9 malam (7 Mac, Rabu)

Sembilan lokasi PKS yang diaktifkan sepanjang gangguan bekalan air:

1. Dewan MBSA Seksyen 27, Jalan Sungai Gapis 27/71, Seksyen 27 Shah Alam

2. Perkarangan Masjid Sultan Abd Aziz, Persiaran Masjid Sultan, Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah

3. Surau Al-Hidayah, Jalan Nagasari 36/9, Desa Latania Seksyen 36, Shah Alam

4. USJ 4/5, USJ 4, Subang Jaya

5. Jalan 23, Taman Bukit Kuchai, Jalan Puchong

6.Jalan SS 19/2, Subang Jaya

7. KFC AEON Big Ampang

8. Jalan 23/56, AU3 Keramat

9. Berhampiran Rapid KL (LRT Taman Dagang), Jalan Dagang 1, Taman Dagang

- BERNAMA



Sumber SYABAS bantu pengguna terjejas bekalan air


Demikianlah Artikel SYABAS bantu pengguna terjejas bekalan air

Sekianlah artikel SYABAS bantu pengguna terjejas bekalan air kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.