Sogok RM3 juta untuk tutup kes, Datuk ditahan SPRM

Sogok RM3 juta untuk tutup kes, Datuk ditahan SPRM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Sogok RM3 juta untuk tutup kes, Datuk ditahan SPRM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sogok RM3 juta untuk tutup kes, Datuk ditahan SPRM
link : Sogok RM3 juta untuk tutup kes, Datuk ditahan SPRM

Baca juga


Sogok RM3 juta untuk tutup kes, Datuk ditahan SPRM

Seorang ahli perniagaan ditahan SPRM dan bakal dibawa ke mahkamah di Putrajaya untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes itu. — Foto oleh Yusof Mat IsaSeorang ahli perniagaan ditahan SPRM dan bakal dibawa ke mahkamah di Putrajaya untuk permohonan reman bagi membantu siasatan kes itu. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 3 Mac — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ disyaki menerima rasuah RM3 juta, kononnya bagi mempengaruhi penutupan kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Suspek berumur 64 tahun itu dipercayai menerima wang berkenaan daripada sebuah syarikat selepas beliau dikatakan mampu ‘menyelesaikan’ siasatan yang dijalankan SPRM.

Menurut sumber, suspek telah meminta RM4 juta sebagai habuan bagi menutup kes berkenaan yang sedang dalam siasatan SPRM.

“Bagaimanapun, jumlah berkenaan telah dikurangkan ke RM3 juta selepas hasil rundingan dan pihak syarikat yang yakin masalah itu mampu diselesaikan oleh suspek membuat pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai habuan,” kata sumber itu.

Sumber berkata suspek ditahan di sekitar ibu negara pada 3.30 petang tadi dan merupakan individu kedua yang ditahan kerana dipercayai terlibat menerima wang bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut itu.

Sementara itu, timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“Pasukan penyiasat SPRM masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan. Oleh itu, saya berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes ini dan memberikan masa kepada SPRM untuk menyiasat kes tersebut dengan terperinci,” katanya.

Beliau berkata ahli perniagaan itu  akan dibawa ke mahkamah di Putrajaya untuk permohonan reman esok bagi membantu siasatan kes itu.

Pada Selasa lepas, SPRM menahan seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ disyaki menerima rasuah RM19 juta  bagi mempengaruhi penutupan siasatan kes  projek berkenaan.

SPRM juga membekukan empat akaun bank syarikat milik Datuk Seri berkenaan yang bernilai RM3.6 juta dan menyita empat buah kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex dianggarkan bernilai RM1.3 juta. — Bernama



Sumber Sogok RM3 juta untuk tutup kes, Datuk ditahan SPRM


Demikianlah Artikel Sogok RM3 juta untuk tutup kes, Datuk ditahan SPRM

Sekianlah artikel Sogok RM3 juta untuk tutup kes, Datuk ditahan SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: