Manakala kongsi Intan lagi, hak penjagaan anak tidak dituntut di mahkamah kerana hasil perbincangannya dengan bekas suami, ianya bergantung atas budi bicara sendiri. Bagaimanapun kes penceraian akan disebut semula pada 22 Mac.

“Jelas sekali, inilah dugaan buat saya yang perlu saya lalui. Berkaitan penjagaan anak, hal itu adalah atas perbincangan kami bersama. Ia tak dituntut di mahkamah. Semuanya atas budi bicara saya dan dirinya”

“Ikutkan, saya tak tahu lagi apa kesudahannya kerana kes perceraian ini akan disebut semula pada 22 Mac,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai kes penceraiannya yang akan disebut semula. (rtyk/w)