Polis tahan 44 ‘keldai akaun’ terlibat kerugian RM17.29 juta

Polis tahan 44 ‘keldai akaun’ terlibat kerugian RM17.29 juta - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Polis tahan 44 ‘keldai akaun’ terlibat kerugian RM17.29 juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis tahan 44 ‘keldai akaun’ terlibat kerugian RM17.29 juta
link : Polis tahan 44 ‘keldai akaun’ terlibat kerugian RM17.29 juta

Baca juga


Polis tahan 44 ‘keldai akaun’ terlibat kerugian RM17.29 juta

Kebanyakan pemilik akaun ditahan terdiri daripada wanita rata-rata mempunyai hubungan dengan dalang.

Amar-Singh_facebook-video

Gambar video Facebook

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan 44 individu disyaki menjadi keldai akaun atau “mule account” selepas akaun mereka terlibat dalam kes jenayah siber dalam Operasi Mule Account Siri 1/2018.

Pengarah JSJK Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, semua suspek terdiri daripada 17 lelaki dan 27 wanita berumur 21 hingga 27 tahun dengan rekod kes jenayah siber berulang melebihi 5 laporan polis.

“Operasi berkenaan dijalankan serentak di seluruh negara dengan menyasarkan pemilik akaun yang mempunyai lebih daripada 5 laporan polis melibatkan 3 modus operandi jenayah siber iaitu Macau Scam, African Scam dan E-Financial Fraud.

“Kebanyakan pemilik akaun ditahan terdiri daripada wanita rata-rata mempunyai hubungan dengan dalang selain daripada pelajar, suri rumah atau penganggur dan terlibat dalam 319 kertas siasatan jenayah siber membabitkan kerugian berjumlah RM17.29 juta,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Menurut Amar Singh, “keldai akaun” merupakan akaun milik individu yang disalah guna oleh sindiket atau ”scammer” bagi menjalankan transaksi tanpa atau diketahui oleh pemilik.

Katanya, kebanyakan dalang kegiatan jenayah siber ini warga asing yang memerlukan individu tempatan sebagai “orang tengah” bagi mendapatkan akaun untuk melakukan transaksi pemindahan wang.

“Ada antara keldai akaun ini diberikan ganjaran dari segi wang dan barangan berharga selain dikaburi dengan ‘hubungan cinta’ oleh dalang utama bagi memujuk mereka memberikan maklumat peribadi bagi tujuan membuka akaun sebagai transit pemindahan wang dalam kegiatan jenayah siber,” katanya.

Amar Singh berkata semua suspek akan dihadapkan ke mahkamah dan akan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sumber Polis tahan 44 ‘keldai akaun’ terlibat kerugian RM17.29 juta


Demikianlah Artikel Polis tahan 44 ‘keldai akaun’ terlibat kerugian RM17.29 juta

Sekianlah artikel Polis tahan 44 ‘keldai akaun’ terlibat kerugian RM17.29 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: