Lelaki berani mati ceroboh istana, cuba curi Ferrari Sultan Johor

Lelaki berani mati ceroboh istana, cuba curi Ferrari Sultan Johor - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Lelaki berani mati ceroboh istana, cuba curi Ferrari Sultan Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki berani mati ceroboh istana, cuba curi Ferrari Sultan Johor
link : Lelaki berani mati ceroboh istana, cuba curi Ferrari Sultan Johor

Baca juga


Lelaki berani mati ceroboh istana, cuba curi Ferrari Sultan Johor

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki diberkas selepas menceroboh Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor, dan cuba melarikan kereta jenis Ferrari milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, semalam.

Lelaki berani mati ceroboh istana, cuba curi Ferrari Sultan Johor

Lelaki berani mati ceroboh istana, cuba curi Ferrari Sultan Johor

Dalam kejadian jam 2.15 petang, suspek berusia 31 tahun dari Gelang Patah, Johor, itu dikesan menceroboh masuk ke kawasan istana melalui pintu pagar East Lodge, Jalan Straits View, sekitar jam 12.30 tengah hari.

Ketika itu terdapat seorang anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF), sedang mengawasi pintu pagar berkenaan namun suspek yang memandu Proton Waja tidak berhenti dan terus masuk ke dalam istana.

Suspek yang turut memiliki beberapa rekod jenayah dan dadah kemudian dipercayai menuju ke garaj kereta istana berkenaan.

Semasa berada di garaj, seorang kakitangan istana terlihat kelibat suspek dalam keadaan mencurigakan masuk ke dalam kereta Ferrari warna biru sebelum kakitangan terbabit dengan segera menarik kunci kereta berkenaan.

Suspek kemudian berjalan ke keretanya sebelum melarikan diri dengan memecut kenderaannya melalui laluan sama di pagar East Lodge.

Susulan itu, polis yang menerima maklumat kejadian itu terus melakukan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Istana Bukit Serene, dan memberkas suspek, beberapa jam kemudian.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek terbabit positif dadah jenis methapitamine.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Khader Mohd, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh.

“Setakat ini suspek yang ditahan reman sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengulas lanjut mengenai motif sebenar suspek.

Sumber: Bharian



Sumber Lelaki berani mati ceroboh istana, cuba curi Ferrari Sultan Johor


Demikianlah Artikel Lelaki berani mati ceroboh istana, cuba curi Ferrari Sultan Johor

Sekianlah artikel Lelaki berani mati ceroboh istana, cuba curi Ferrari Sultan Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: