Laporan kes pelajar maut terkena bilah pisau ke KPM

Laporan kes pelajar maut terkena bilah pisau ke KPM - Apakah sahabat sedang mencari informasi tentang Trending News Today ?, Nah isi dalam Artikel ini disusun agar pembaca dapat memperluas pegetahuan tentang Laporan kes pelajar maut terkena bilah pisau ke KPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan referensi dari semua pembahasan untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Everything trending in social media, yang kami suguhkan ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan kes pelajar maut terkena bilah pisau ke KPM
link : Laporan kes pelajar maut terkena bilah pisau ke KPM

Baca juga


Laporan kes pelajar maut terkena bilah pisau ke KPM

Nur Afini Roslan, 14, maut akibat terkena bilah traktor mesin rumput di padang SMK Tuanku Abdul Rahman, 13 Februari 2018. — Foto ihsan Facebook/DTTBNur Afini Roslan, 14, maut akibat terkena bilah traktor mesin rumput di padang SMK Tuanku Abdul Rahman, 13 Februari 2018. — Foto ihsan Facebook/DTTBREMBAU, 1 Mac ― Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNNS) telah menghantar laporan penuh siasatan kemalangan membabitkan Nur Afini Roslan, 14, yang maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di Gemas kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tanpa mendedahkan butiran laporan berkenaan, Pengarah JPNNS Pkharuddin Ghazali berkata laporan itu telah diserahkan semalam untuk tindakan lanjut kementerian.

“Dari segi prosedur operasi standard (SOP), kes itu disiasat oleh polis. Jadi polis ada laporan lengkap dari penyiasatan mereka dan kami serah pada polis untuk dilihat dari segi perundangan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perasmian surau sekolah dan dewan terbuka berbumbung serta penyampaian bantuan khas awal persekolahan Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman di sini, hari ini.

Perasmian surau dan dewan terbuka berbumbung sekolah berkenaan disempurnakan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, 13 Feb lepas, Nur Afini, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas di sini meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua rakannya Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang sekolah itu ketika menyertai raptai perbarisan sukan.

Bagi mengelakkan kejadian sama seperti itu berulang kembali, Pkharuddin  berkata  pihaknya  telah  bekerjasama dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi memberi pendedahan kepada guru-guru sekolah mengenai aspek-aspek  keselamatan di tempat kerja.

“Saya sudah berbincang dengan pihak JKKP dan NIOSH dan satu modul mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan diterangkan supaya dapat difahami sepenuhnya oleh guru. Dalam masa enam bulan nanti, semua sekolah (di negeri ini) kita akan beri pendedahan yang jelas tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya.

Terdahulu, pada majlis itu, 244 pelajar sekolah berkenaan menerima bantuan awal persekolahan daripada Mohamad. ― Bernama



Sumber Laporan kes pelajar maut terkena bilah pisau ke KPM


Demikianlah Artikel Laporan kes pelajar maut terkena bilah pisau ke KPM

Sekianlah artikel Laporan kes pelajar maut terkena bilah pisau ke KPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, Karena keterbatasan pengetahuan maupun pengalaman kami, Kami yakin masih banyak kekurangan dalam makalah ini, Oleh karena itu kami sangat mengharapkan saran dan kritik yang membangun dari pembaca demi kesempurnaan artikel ini.

Subscribe to receive free email updates: